Kepentingan Vitamin C untuk Kulit Cantik dan Kesihatan

Kepentingan Vitamin C untuk Kulit Cantik dan Kesihatan | Vitamin C juga dikenali sebagai Ascorbic Acid adalah nutrien penting yang memberi impak besar kepada kesihatan dan tentunya kecantikan. Vitamin C tidak asing lagi dengan kaitan tentang kecantikan. Sama ada pengambilan dari pemakanan sehinggalah kandungan Vitamin C dalam produk penjagaan kulit (skin care), ianya banyak digunakan secara meluas.



Apa itu Vitamin C?

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia sendiri. Oleh itu, kita perlu mendapatkannya melalui makanan atau supplement. Vitamin C sangat penting dalam memainkan peranan utama dan pelbagai fungsi dalam tubuh.

Kepentingan Vitamin C untuk Kecantikan

Vitamin C sudah sangat sinonim dengan kulit dan kecantikan. Antara Kepentingan Vitamin C dalam peranan Kecantikan Kulit adalah:

1. Menggalakkan Pembentukan Kolagen

Vitamin C diperlukan untuk penghasilan kolagen iaitu sejenis protein penting dalam kulit. Kolagen membantu menjaga kekenyalan, keanjalan, dan kehalusan kulit. Dengan jumlah kolagen yang mencukupi, kulit akan tampak lebih anjal dan muda. Kehadiran Vitamin C memainkan peranan dalam menggalakkan penghasilan Kolagen pada kulit.

Kolagen bertindak sebagai pengikat semula jadi yang mengikat tisu-tisu dalam tubuh. Ini termasuk menyambungkan otot kepada tulang, memelihara kekuatan struktur kulit, dan memastikan rambut dan kuku kita kuat dan sihat. Vitamin C membantu dalam proses penyambungan tisu ini.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi membantu menjadikan kulit lebih anjal dan muda. Ini kerana kolagen adalah komponen utama dalam kulit yang membantu mengekalkan keanjalan dan kekenyalan kulit. Tanpa kolagen yang mencukupi, kulit boleh menjadi kendur dan muncul lebih banyak kedutan.

Rambut juga mengandungi kolagen, dan vitamin C membantu memastikan rambut kita kuat dan sihat. Ia juga membantu dalam melindungi folikel rambut daripada kerosakan dan menjadikan rambut lebih tahan terhadap kerosakan persekitaran. Kuku yang kuat dan sihat juga bergantung pada kolagen. Vitamin C membantu dalam memastikan kuku kita tidak rapuh dan mudah patah.





2. Mencerahkan Kulit

Vitamin C membantu mengurangkan penghasilan melanin yang boleh menyebabkan bintik hitam dan hiperpigmentasi (jeragat) pada kulit. Ini membantu kulit mendapatkan tona yang lebih sekata dan berseri.

3. Melindungi Kulit dari serangan UV berbahaya

Kulit yang terdedah kepada sinaran UV dari matahari boleh merosakkan kulit dan menyebabkan penuaan kulit yang lebih cepat. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV

4. Mengurangkan Kedutan

Kedutan adalah tanda-tanda penuaan yang biasa terjadi pada kulit. Vitamin C membantu mengurangkan kedutan dengan menyokong pembentukan kolagen yang sihat dan mengurangkan kerosakan radikal bebas yang boleh merosakkan struktur kulit.


5. Menghilangkan keradangan Kulit

Vitamin C mempunyai sifat anti-radang yang membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak pada kulit akibat jerawat atau masalah kulit lain. Kulit yang lebih tenang dan kurang radang cenderung kelihatan lebih berseri.

6. Mengurangkan tanda Penuaan awal

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan kurang berseri. Dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi, ia dapat membantu mengurangkan tanda penuaan awal seperti garis halus dan kedutan.




Kepentingan Vitamin C untuk Tubuh

Perlindungan Anti-oksidan

Vitamin C adalah sebatian antioksidan yang berkuasa. Ia membantu meneutralkan radikal bebas yang ada dalam tubuh. Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel-sel dan tisu dalam tubuh. Radikal bebas ini boleh terhasil semasa proses metabolik normal atau akibat tekanan persekitaran seperti pencemaran udara dan sinaran ultraviolet (UV) dari matahari.
Radikal bebas boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kita, yang boleh membawa kepada 'genetic mutation' dan risiko kanser. Vitamin C membantu melindungi integriti DNA dengan menangkap radikal bebas sebelum mereka merosakkan DNA.


Vitamin C juga berinteraksi dengan nutrien antioksida lain dalam tubuh seperti Vitamin E. Ia membantu mengembalikan Vitamin E yang telah digunakan sebagai antioksidan, memanjangkan kesan perlindungan mereka.

Dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas dalam tubuh, Vitamin C dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, dan kanser. Ini kerana kerosakan radikal bebas berkait rapat dengan perkembangan penyakit-penyakit ini.

Penghasilan TenagaVitamin C juga memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga dalam tubuh. Ia bertindak sebagai pemangkin untuk penyerapan zat besi dalam makanan kita. Zat besi adalah nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah.
Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang bertugas mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Proses ini sangat penting untuk penghasilan tenaga, kerana oksigen adalah "bahan api" utama yang diperlukan oleh sel-sel kita untuk menghasilkan tenaga.

Apabila kita memakan makanan yang mengandungi zat besi, Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi ini dari saluran pencernaan ke dalam darah. Ini menjadikan lebih banyak zat besi tersedia untuk pembentukan hemoglobin. Semakin banyak hemoglobin yang dihasilkan, semakin baik pengangkutan oksigen dalam tubuh, dan akhirnya, kita akan merasa lebih bertenaga.

Selain itu, penghasilan tenaga juga dipengaruhi oleh proses metabolik dalam sel-sel kita. Vitamin C membantu dalam pelbagai reaksi metabolik dalam tubuh, termasuk pembentukan kolagen. Ini juga memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga.

Jadi, vitamin C tidak hanya membantu meningkatkan penyerapan zat besi untuk membantu dalam penghasilan hemoglobin, tetapi juga membantu dalam proses metabolik yang menyumbang kepada penghasilan tenaga dalam tubuh kita. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan pengambilan yang mencukupi Vitamin C dalam pemakanan kita bagi menjaga tahap tenaga yang optimum.


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C

Scurvy

Kekurangan vitamin C yang teruk boleh menyebabkan penyakit scurvy, yang membawa kepada masalah berdarah gusi, kehilangan gigi, dan masalah kesihatan yang serius.


Penyakit Berjangkit

Kurangnya vitamin C boleh melemahkan sistem imun tubuh, menjadikan seseorang lebih mudah terdedah kepada jangkitan.


Kekurangan Vitamin C boleh ditandai dengan simptom-simptom berikut :
  1. Gusi Berdarah
  2. Luka lambat sembuh
  3. Penurunan Sistem Imun
  4. Badan lemah dan mudah letih
  5. Kulit, Kuku dan rambut rapuh dan mudah rosak
  6.  Kulit berkedut atau dikaitkan dengan masalah pembentukan kolagen.


Kesimpulan

Vitamin C adalah nutrien yang sangat penting untuk kesihatan tubuh dan kecantikan. Ia membantu meningkatkan sistem imun, menjadikan kulit berseri, dan melindungi tubuh daripada penyakit. Kekurangan Vitamin C boleh membawa kepada masalah serius seperti scurvy. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian anda.


#ShakleeThrive
#ShakleeTriumph
#ProjekBlogMega
#KepentinganVitaminC

Post a Comment

0 Comments