Tips Kerja Dari Rumah Dengan Produktif 2023

 Kerja Dari Rumah 2023

Kerja Dari Rumah

Bila borak pasal kerja dari rumah ni, golongan ibu-ibu dan surirumah la selalunya yang mencari pekerjaan dari rumah. Kenapa? Kebiasaanya jugak sebab keberatan nak tinggalkan anak-anak. Ada yang berhenti kerja sebaik saja hamil atas faktor kesihatan dan sebagainya. Bila anak dah membesar depan mata 1-2tahun, memang akan ada perasaan keberatan nak tinggalkan anak. Apatah lagi sekarang macam-macam berita pengasuh mendera bayi, kanak-kanak dan sebagainya. Jadi insecure dan protective tu kuat untuk tengok anak membesar depan mata kan?

Pada masa yang sama, nak juga ada pendapatan sendiri buat dihulur pada mak ayah, bantu topup belanja keluarga yang ditanggung suami, melunas impian-impian yang tertangguh kan? Begitulah dilema para ibu selalunya.

Lain kisahnya dengan Niza. Sejak PKP 2020, ekonomi merosot dan ramai rakyat terjejas dengan keadaan tu. Baik yang bekerja makan gaji mahupun bekerja sendiri. Simpanan makin susut demi kelansungan hidup. Sejak PKP lah Niza mula fokuskan bisnes yang memang di usahakan sejak di universiti lagi. Cuma fokus kurang sejak bekerja. Apabila ekonomi dunia mula goyah, ramai terpaksa buat 2-3 kerja dalam satu masa. Termasuk lah Niza yang ketika tu masih bekerja, tapi gigih bangunkan bisnes secara online disebabkan gaji dikurangkan. 

Ketika PKP lah Niza saksikan bisnes online semakin meningkat naik. Almaklum, ketika tu, ramai yang terpaksa berkurung di rumah. Ketika tu jugak lah ramai mula sedar tentang marketing online. Banyak bisnes fizikal pun dah mula migrate ke online. Bisnes Online ketika PKP memang meningkat naik mendadak! 

Waktu ni lah Niza mula bercita-cita untuk bekerja dari rumah bila pendapatan bulanan dari bisnes Online dah melebihi gaji kerja hakiki. Ditambah dengan 'workload' di tempat kerja buat Niza stress. Keluar pagi, balik malam. Bulan puasa, kadang berbuka dalam kereta while suami berbuka sendiri di rumah. Begitulah cabaran setiap dari kita saling berbeza.

Menjadi seorang suribisnes yang bekerja dari rumah dengan pendapatan tak kalah dengan bekerja makan gaji pasti menjadi idaman kan? 

Bekerja Dari Rumah

Pada tahun 2023 ini, walaupun kita sudah di fasa pasca Pandemik, Ekonomi masih lagi bergolak. Dengan peningkatan harga barang yang serba serbi mahal sekarang ni, pasti ramai sedang mencari backup plan selain bergantung kepada kerja hakiki semata-mata.

Pengalaman melalui fasa berbisnes semasa belajar, bekerja hakiki dan bekerja dari rumah memberi Niza pengalaman bisnes secara part time dan juga Fulltime. Keduanya ada cabaran masing-masing. Yang penting, perlu ada azam yang kuat untuk meneruskan. 


Tips Bekerja Dari Rumah Dengan Produktif 2023 

1. Sediakan Ruang Kerja Khusus yang selesa

Ruang kerja yang selesa sangat memainkan peranan penting untuk kita menyiapkan kerja dengan disiplin dan produktif. Bayangkan jika kita hanya berbaring di katil untuk menyiapkan kerja. Sangat tinggi dugaan kan? Kerja 10 minit, sejam lagi terlelap mungkin? 

Bekerja Dari Rumah



Ruang Khusus ini adalah supaya kita merasa seperti berada di pejabat dengan mindset yang betul untuk menyiapkan senarai kerja harian tanpa terganggu. Ruang Kerja atau workstation ini memainkan peranan penting untuk mendisiplinkan diri dari berlengah-lengah dan lupa tentang tanggungjawab 'kerja' kita tadi walaupun berasa di rumah.



2. Sediakan Jadual dan Disiplin

Bekerja di rumah ternyata banyak cabaran apabila 'suasana' nya lain berbanding kita berada di pejabat. Di rumah, banyak urusan rumahtangga yang selalu 'menganggu' fokus kita. 


Sebaiknya sediakan jadual dan jadikan rutin untuk membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan rumahtangga dan masa untuk fokus bekerja sepenuhnya.


3. Bangun Awal dan Senaraikan Tugasan Harian

Bangun awal pagi sangat membantu dalam menentukan produktiviti kita sepanjang hari tersebut. Apabila bangun awal, banyak perkara yang kita dapat selesaikan sebelum memulakan kerja. 

Bangun Awal

Pernah tak ada hari kita terlewat bangun pagi, dan satu demi satu perkara jadi serba tak kena dan beri kesan kepada mood dan produktiviti kita sepanjang hari tersebut?


4. Gunakan Teknik Pomodoro

Teknik Pomodoro adalah kaedah pengurusan masa yang dikembangkan oleh Francesco Cirillio pada akhir tahun 1980-an. Teknik ini menggunakan pemasa untuk membahagikan sesuatu kerja menjadi set masa berselang dengan waktu rehat. Setiap selang masa dikenali sebagai Pomodoro yang berasal dari perkataan Itali yang membawa maksud Tomato kerana pemasa yang digunakan Cirilio semasa belajar di Univerisiti berbentuk Tomato. 

Teknik Pomodoro

Kebiasaannya teknik ini menggunakan selang masa setiap 25-5. Setiap 25 minit bekerja, rehat selama 5 minit. Kaedah ini akan diulang sehingga 4 cycle (2jam) dan selepas 2 jam, anda dibolehkan rehat selama 15-30minit. 

Kaedah Pomodoro ini juga dibahagikan kepada 3 fasa iaitu Sebelum, Semasa, Selepas. Bahagian fasa ini amat realistik untuk memastikan kita bersedia dan tidak menangguhkan masa dengan perkara-perkara yang sepatutnya disiapkan lebih awal seperti bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan kerja.


5. Pastikan Anak mempunyai tugas sendiri

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil, didiklah mereka untuk memahami tugas anda. Sememangnya ianya memakan masa untuk anak dapat 'adapt' dengan rutin kita. 

Selain itu, pastikan anak-anak juga mempunyai tugasan sendiri semasa anda menyiapkan kerja. Pelbagaikan aktivit untuk anak-anak lakukan seperti melukis, mewarna, membaca, bermain permainan yang dapat menguji kepintaran minda mereka. Jangan lupa beri reward dan ucapan tahniah sekiranya mereka berjaya menyiapkannya.



6. Self-Reward

Berikan reward kepada diri anda untuk setiap kerja atau tugasan yang berjaya di siapkan . Ianya akan meningkatkan motivasi anda untuk terus membuahka produktiviti hari-hari seterusnya.


Kesimpulan

Bagi menjayakan kerja dari rumah di samping urusan keluarga terlaksana dengan baik, memang ianya memerlukan pengorbanan yang besar. Buat Ibu-ibu yang mempunyai kerja hakiki, tetapi juga membuat kerja dari rumah secara part-time, pengurusan masa sangat penting kerana masa di rumah sangat terhad selepas waktu bekerja. 

Banyakkan berkomunikasi dengan pasangan dan minta bantuan. Sebaiknya, 'allocate' beberapa jam untuk anda menyiapkan kerja di rumah setelah urusan keluarga dan seumpamanya selesai seperti menyiapkan 'content'  dan 'schedule' kan content bagi mereka yang mempunyai bisnes online.


Bagi anda yang mencari-cari peluang bisnes hanya dari rumah atau dimana-mana saja, jom borak dengan Niza. klik gambar di bawah ya untuk terus ke pautan wasap. 💗





#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023

Post a Comment

0 Comments