Tips dan Petua Ikhtiar Hamil
Mempunyai zuriat atau cahaya mata pasti menjadi impian dan idaman setiap pasangan yang berkahwin. Namun, tidak semua yang berkahwin mudah memiliki peluang menimang cahaya mata dengan cepat.
Pelbagai cara dan ikhtiar yang dah di lakukan, namun masih lagi belum berjaya.
Sebelum Niza kongsikan tips dan petua untuk ikhtiar hamil, jom kita semak dulu apakah yang menjadi Punca kepada masalah susah betul nak 'lekat' ni.
Punca Sukar Hamil
Berdasarkan sejarah perubatan, terdapat beberapa faktor yang menjadi punca seseorang itu sukar untuk hamil (conceive).
Punca yang sering terjadi untuk seseorang wanita sukar hamil :
1. Haid tidak teratur atau abnormal
Orang yang mempunyai kitaran haid yang kurang 4 hingga 9 kali setahun adalah dikira kitaran haid yang tidak normal. Selain itu, jarak antara haid dan haid seterusnya yang sering berubah dengan skala yang besar jugak dikira sebagai haid yang tidak teratur dan tidak normal.
Ini kerana seseorang yang mempunya haid normal akan mempunyai kitaran sekitar 28-31 hari dari haid pertama sehingga haid yang seterusnya. Terdapat juga orang yang mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau lebih panjang dari kitaran ini yang mana tidak jauh berbeza. Ianya masih dalam skala normal.
Seseorang yang mengalami haid atau period 3-4 bulan sekali adalah di luar skala normal. Ini menyukarkan dalam penentuan hari Ovulasi buat mereka yang sedang TTC (Trying To Conceive) atau ikhtiar hamil.
Untuk lebih pasti, berikut adalah sebahagian dari tanda-tanda period atau haid yang tidak teratur yang sering terjadi.
2. Endometriosis
Endometriosis berlaku apabila sebahagian tisu rahim (endometrium) yang sepatutnya berada pada dinding rahim berada pada tempat selain dalam rahim. Lapisan endometrium akan menebal sebagai persediaan sekiranya berlaku persenyawaan. Jikalau persenyawaan tidak berlaku, lapisan endometrium ini akan terhakis dan luruh sebagai darah haid.
Seseorang yang mengalami endometriosis, lapisan endometrium ini tumbuh di luar rahim dan tiada laluan untuk disingkirkan seperti darah haid. Akibatnya, ia akan menyebabkan keradangan pada kawasan yang ditumbuhi endometrium ini. Keradangan yang berlaku ini lah yang akan menjejaskan organ peranakan dari berfungsi dengan baik.
Sebahagian wanita yang mengalami endometriosis , kitaran haid kemungkinan kelihatan normal, tetapi kebiasaanya darah haid yang turun adalah sangat banyak dan tidak dapat di pastikan sehingga pemeriksaan doktor di lakukan.
3. Gangguan Ovulasi atau PCOS
Polycystic Ovary Syndrome berlaku akibat kecelaruan hormon. Wanita yang mengalami PCOS mempunyai banyak cyst dalam ovari yang mana cyst ini mengandungi cecair dan telur (ovum) yang tidak matang.
Wanita yang mengalami PCOS juga cenderung mendapat tanda-tanda seperti :
- Berat badan naik dengan mendadak dan sukar untuk turun
- Sering tumbuh jerawat
- Rambut gugur
- Tumbuh bulu roma di kawasan muka, perut, dada dan belakang badan
- Haid yang tidak teratur
Ketidakseimbangan hormon yang berlaku pada wanita yang mengalami PCOS akan menjurus kepada masalah kesihatan yang lain seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular. Hal ini kerana wanita yang mengalami PCOS selalunya mengalami 'Insuline Resistance' akibat dari pemakanan yang tinggi gula.
4. Kecacatan pada Serviks atau Rahim
Kecacatan seperti ini boleh berlaku seperti tumbuhnya Polyp dalam rahim/serviks. Ketumbuhan seperti ini boleh mempengaruhi persenyawaan berlaku seperti Tiub Fallopian tersumbat dan menyukarkan pergerakan sperma.
5. Tiub Fallopian Tersumbat
Tiub fallopian tersumbat boleh menyukarkan seseorang hamil kerana sumbatan yang terdapat pada tiub fallopian akan menjadi penghalang sperma bertemu dengan ovum untuk membenarkan proses persenyawaan berlaku.
Terdapat pelbagai lagi punca seseorang sukar hamil yang boleh di diagnos melalui perubatan dan setiap faktor dan punca sukar hamil kebiasaanya mempunyai cara dan kaedah rawatan samada secara medikal atau secara semulajadi.
Selain punca nya pada wanita, kaum lelaki juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah sukar hamil seperti :
6. Tahap Kualiti Sperma yang kurang atau abnormal
Kualiti sperma yang kurang atau abnormal boleh meliputi kuantiti, pergerakan atau rupabentuk sperma. Masalah sebegini biasanya terjadi akibat daripada masalah hormon, jangkitan pada testis, testis tidak berada dalam kantung skrotum, pendedahan kepada radiasi/bahan kimia, merokok atau masalah lebihan berat badan.
Selain dari masalah di atas, terdapat juga punca yang terjadi satu-satu pasangan sukar untuk 'conceived' kategori 'unexplained subfertility'.
Setelah mengetahui punca-punca yang terjadi, ianya lebih mudah untuk mengatasi masalah tersebut dari 'rootcause'.
Tips dan Petua Ikhtiar Hamil
1. Pemeriksaan doktor atau pakar
Ini adalah langkah pertama yang pasangan perlu lakukan untuk mengetahui punca sukar dan rawatan yang ada untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu, dapatkan juga saranan doktor untuk pengambilan vitamin dan makanan tambahan yang membantu menyokong kesihatan dan kesuburan.
2. Diet yang Sihat
Pemakanan merupakan kunci kepada kesihatan tubuh badan. Antara penyelesaian semulajadi kepada masalah kesuburan adalah melalui pemakanan selain dari rawatan perubatan.
3. Bersenam Secara Berkala
Kebanyakan punca adalah dari masalah perubahan hormon yang tidak stabil. Bersenam secara berkala dapat membantu meransang perubahan hormon yang lebih sihat. Sekaligus membantu mengurangkan masalah berat badan .
4. Berhenti Merokok
Merokok dapat menjadi salah satu punca kepada kerosakan Sel Reproduktif wanita dan lelaki dalam proses TTC. Baik wanita mahupun lelaki, sebaiknya berhenti merokok untuk mengelakkan masalah kesuburan.
5. Bertenang dan Elakkan Stress
Sepanjang proses TTC atau ikhtiar hamil ini kadangkala ianya menjadikan suami atau isteri agak tertekan melalui proses ini yang kadangkala agaka rumit, memakan masa, tenaga dan wang ringgit. Hindari lah persekitaran yang menjadikan anda stress.
Ambil waktu bertenang, pergi bercuti bersama seketika dan elakkan stress.
Kesimpulan
Menjalani proses TTC atau ikhtiar hamil adalah satu proses yang agak panjang kerana ianya melibatkan sistem tubuh badan dan perlu di ubah dengan habit yang sihat untuk membina kesihatan demi mengurangkan risiko masalah-maslaah yang melibatkan kesuburan. Menjalani kehidupan yang sihat bukan sekadar sepanjang berikhtiar hamil sahaja, tetapi ianya perlu menjadi proses sepanjang hayat.
Akhir kata, semoga setiap pembaca yang sedang berikhtiar hamil , dikurniakan kesempatan dan peluang untuk hamil dan melahir serta membesarkan zuriat yang sihat, cerdas, soleh dan musleh dunia dan akhirat. Aameen!
Salam Sayang,
Niza Ahmad.
0145671920
0 Comments