Tips Bisnes Online Berjaya Hanya Dari Rumah

 Bisnes Online

Pada era serba canggih sekarang, Bisnes Online sudah tidak asing dari kita. Pelbagai platform e-dagang dan media sosial yang ada sekarang berlumba-lumba menawarkan peluang berniaga dan pengkilanan menggunakan platform mereka. Para peniaga pula boleh dikira sebagai ketinggalan jika tidak memasarkan produk mereka secara online atau dalam talian.

Tips Bisnes Online


Kelebihan Bisnes Secara Online

Menjimatkan Kos

Kebanyakan platform online sekarang hanyalah percuma. Bermodalkan Smartphone atau gajet dan data internet, siapa saja boleh menjalankan bisnes online. Buat mereka yang tiada modal untuk menyewa kedai atau menyiapkan tempat untuk berniaga, online adalah 'tempat' yang sangat sesuai untuk anda menjalankan perniagaan.

Jika dulu, perniagaan jualan produk saja sesuai untuk memasarkan atau menjalankan aktiviti jual beli secara online, tetapi tidak lagi kini. Produk makanan juga mendapat tempat secara dalam talian apabila kita sudah biasa dengan perkhidmatan 'Cash On Delivery' (COD), atau perkhidmatan pesanan makanan dalam talian seperti aplikasi 'Grabfood', 'Foodpanda' dan seumpamanya.


Lebih Meluas

Melalui platform atas talian, perniagaan kita dapat mencapai pelanggan bukan sekadar di kawasan kita, malah boleh di capai oleh orang-orang dan penduduk luar kawasan seperti daerah, negeri dan negara lain juga. 

Jika kedai fizikal hanya boleh di akses oleh penduduk sekitar, tetapi pernigaan atau bisnes online boleh di akses secara meluas hingga ke luar negara.  Untuk peniaga yang mempunyai kedai fizikal juga tidak ketinggalan dalam mengiklan kan produk mereka secara online untuk menarik pengunjung dan pelanggan dari luar untuk membeli secara pos atau walk in semasa bercuti ke tempat tersebut. 

Melalui Online juga lah, banyak perniagaan yang boleh viral dan menjadikan perniagaan tersebut terkenal.


Lebih Fleksible

Sekarang juga sudah banyak produk yang menawarkan sistem perniagaan secara dropship, ejen atau stokis untuk mengembangkan bisnes secara meluas. Jadi pelanggan boleh mendapatkan produk tersebut melalui ejen berdekatan. Sistem ini lebih mudah di jalankan kerana ianya tidak memerlukan modal yang tinggi dan keuntungan dikira berdasarkan komisyen.

Sistem perniagaan begini lebih fleksible untuk dijalankan walau dimana kita berada hatta kita berada diluar negara pun, bisnes masih boleh dijalankan kerana ianya hanya perlu di akses melalui online dan produk akan di hantar secara pos melalui sistem.



Tips Bisnes Online Berjaya

Disebabkan Bisnes Online kini tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan, tidak kurang jugak bisnes yang kecundang di pertengahan jalan. Dimanakah silap nya?
Meskipun Bisnes Online mempunyai banyak kelebihan seiring dengan teknologi yang kian berkembang, ianya juga mempunyai cabaran tersendiri sesuai dengan peredaran zaman.

Jadi, bagaimana dan Apa Tips Bisnes Online yang Berjaya?

1. Cari Ilmu

Melakukan apa sekali pun hendaklah dengan ilmu, kerana tanpa ilmu kita hanya akan membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit semata tanpa hasil. Orang berbisnes sudah tentu mahukan keuntungan. Tanpa ilmu, banyak perkara dan peluang yang bakal kita ketinggalan. 

Ilmu bagaimana yang nak kita cari? Tentukah ilmu tentang bisnes yang hendak kita mulakan. Bagaimana sistem nya? Apa yang perlu kita lakukan dan bagaimana?

2. Manfaatkan Platform Media Sosial

Tidak dinafikan, zaman teknologi serba canggih ini banyak perkara di hujung jari kita. Hampir seluruh penduduk dunia mempunyai sekurang-kurangnya satu platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan seumpamanya. Jadi, sangatlah rugi jika kita tidak memanfaatkan platform media sosial ini untuk membina jaringan yang lebih luas untuk mempromosi kan bisnes dan produk yang kita jual.

3. Gunakan Teknologi Integrated Marketing

Selain media sosial, kita kini mempunyai banyak platform untuk menjalankan bisnes dengan mudah seperti membina laman web secara percuma seperti blogger, wordpress, google my business, google site, youtube dan seangkatan dengannya. 

Setiap platform ini mempunya jaringan 'audiens' yang berbeza. Jika produk yang kita jual adalah produk yang sesuai dengan setiap peringkat umur, maka amatlah rugi jika sesetengah kelompok audiens tidak menjumpai kita sebagai pemilik bisnes dan bisnes yang kita jalankan jugak. 

4. Personal Branding

Personal Branding juga penting untuk mengetengahkan kita sebagai pemilik bisnes. Zaman canggih dan saingan bisnes sekarang sangat sengit, Personal Branding amat penting untuk menunjukkan keistimewaan kenapa pelanggan harus berurusan dengan anda? 

Perkataan mudah adalah dengan 'jual diri'. Bukan jual diri yang pelik-pelik ya. Tapi yang dimaksudkan di sini adalah mempromosikan diri anda sebagai pemilik bisnes 'pilihan ramai'. Begitu.

5. Fokus pada memberi 'Value'

Di saat ramai orang berlumba-lumba untuk menjual produk, strategi penting yang perlu dilakukan adalah dengan memberi nilai. Pelanggan tidak membeli kerana produk semata-mata. Jika kerana produk semata-mata, ada ramai rakan lain yang menjual produk yang sama dengan kita terutama buat mereka yang menggunakan sistem ejen-dropship. 

Jadi, sangat penting untuk kita memberi 'nilai tambah' kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Nilai tambah ini lah yang menjadikan kita istimewa pada pilihan pelanggan. Ingat, Pelanggan membeli sesuatu kerana ianya mampu menyelesaikan masalah mereka. Tawarkan solusi, dan InsyaAllah akan berlakunya jual-beli.


6. Bina Database & Networking

Database dan Networking adalah salah satu elemen penting untuk anda terus pergi jauh, berkembang dan bertahan dalam bisnes online. Dalam Dunia bisnes online, ada di antara kita yang 100% menjalankan perniagaan secara online dan hanya bertemu rakan-rakan dan prospek secara alam maya. Jadi, networking dalam dunia online juga penting seperti networking kita secara offline. Semakin besar networking (kenalan) kita, semakin besar potensi bisnes kita untuk berkembang dan berjaya.

Database adalah sebahagian dari networking. Apabila kita mempunyai networking yang luas, pastikan anda simpan database prospek dan pelanggan untuk kegunaan akan datang. Adakala pelanggan yang memerlukan khidmat dan produk kita ada disekeliling kita yang belum kita approach.




Ada banyak lagi tips yang nak Niza kongsikan, tapi cukup dulu 6 Tips ini dan pastikan setiap dari kita yang mahu bisnes online berjaya untuk BERTINDAK dan amalkan tips-tips di atas.

Dapatkan lebih banyak tips Bisnes online dengan menyertai Flourish Legacy sebagai sebahagian keluarga bisnes online yang sedang berkembang hari ini.




#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023



Post a Comment

0 Comments