Kepentingan Omega-3 & Kesan Kekurangannya

 Apa itu Omega-3?

Omega-3 atau asid lemak Omega-3 (Omega-3 fatty Acid) adalah sejenis kumpulan asid lemak poli tidak tepu, lemak baik yang diperlukan tubuh untuk pelbagai fungsi kesihatan tubuh. Ianya tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu di ambil melalui pemakanan

Minyak Ikan

Berbeza dengan lemak tepu, lemak jahat, omega-3 memberi manfaat yang banyak untuk tubuh terutama kepada fungsi jantung, otak dan sendi.

Omega-3 terbahagi kepada :
1. Alpha-linolenic acid (ALA)
2. Eicosapentanoic acid (EPA)
3. Docosahexanoic acid (DHA)

Asid lemak ALA boleh didapati dari sumber tumbuhan dan boleh ditukar ke dalam bentuk EPA dan DHA. Tapi pertukarannya sangat sedikit. Antara tumbuhan yang kaya dengan omega3 (ALA) :
- Minyak kacang soya
- Minyak Kanola
- Biji rami (flaxseed)
- Biji Chia (chiaseed)

EPA dan DHA pula banyak terdapat dari sumber haiwan/Ikan laut dalam seperti :
- Ikan Bilis
- Ikan sardin
- Ikan Kembung
- Ikan Tuna 
- Ikan Salmon

Kepentingan Omega-3?

Omega3 memainkan peranan penting untuk kesihatan tubuh seperti perkembangan otak, tumbesaran, sendi, fungsi kardiovaskular dan juga mengawal berat badan.

Manfaat Omega Guard Shaklee

1. Memelihara Kesihatan Jantung

Omega3 mampu merendahkan paras Trigliserida dan meningkatkan paras kolestrol baik HDL. Trigliserida adalah lemak yang terdpaat pada sel lemak dan dalam darah. Trigliserida ini biasa didapati dari pemakanan seperti makanan berminyak, mentega, daging berlemak, keju dan krim. Trigliserida yang berlebihan dan tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak yang menyumbat pembuluh darah yang seterusnya merisikokan penyakit seperti stroke, sakit jantung dan darah tinggi.

Omega3 memainkan peranan dalam meningkatkan kolestrol baik sekaligus merendahkan paras trigliserida serta melancarkan peredaran darah, mengatur degupan jantung yang stabil bagi mengelak risiko penyakit-penyakit tersebut.

2. Memelihara Kesihatan dan Perkembangan Otak

Omega3 sangat terkenal sebagai makanan yang baik untuk otak. Sistem saraf dan minda memerlukan nutrisi yang baik untuk fungsi yang baik. Omega3 merupakan salah satu nutrisi yang penting untuk melancarkan peredaran darah ke otak dan membaiki fungsi saraf. 

Pengambilan Omega3 dengan cukup setiap hari mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer, Demensia, lemah daya ingatan dan kurang fokus. Pengambilan Omega3 yang cukup dapat menguatkan memori dan daya fokus.


3. Memelihara  Kesihatan Sendi

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan Omega3 dapat mengurankan masalah tulang rapuh dan masalah Osteoporosis. Masalah kekejangan sendi terjadi apabila tulang rawan yang mengalas tulang pada sendi mula menipis. Hal ini akan memberi kesan seperti kekejangan sendi, kurang dalam pergerakan sendi, dan sakit sendi dengan ketidakselesaan di kawasan yang terjejas. 

Omega3 berfungsi untuk mengurangkan keradangan yang menyebabkan kesakitan, melambatkan  perkembangan kesakitan sendi dan bertindak sebagai pelincir untuk melancarkan pergerakan.

4. Menyokong  Kehamilan Sihat

Omega3 sangat penting semasa kehamilan untuk menyokong perkembangan dan pertumbuhan janin terutama perkembangan saraf dan otak bayi. Omega3 juga penting untuk kesihatan ibu hamil dan menghindari dari risiko kehamilan seperti preeklamsia yang menunjukkan tanda-tanda seperti darah tinggi, kandungan rotein yang tinggi dalam urin dan gangguan pada organ lain seperti buah pinggang.

5. Mengawal Berat Badan

Pengambilan Omega3 juga membantu meningkatkan lemak baik HDL dan membantu penghasilan hormon Leptin (hormon yang memberi rasa kenyang) sekaligus mengawal selera makan. Oemga3 juga meningkatkan penghasilan dan penggunaan insulin yang sihat. 

Omega Guard Shaklee


Kesan Kekurangan Omega-3

1. Kulit kering dan mengelupas

Kekurangan Omega3 boleh menyebabkan kulit kering dan berlaku keradangan (kulit mengelupas). Ini kerana Omega3 membantu mengekalkan lembapan kulit dan menghindari keradangan yang berlaku pada kulit.


2. Keguguran Rambut dan Kuku Rapuh

Keguguran rambut dan kuku rapuh juga boleh menjadi salah satu tanda kekurangan Omega3. Omega3 memelihara rambut yang sihat dari akar, serta kuku yang cantik dan bersinar. Kekurangan Omega3 boleh memberi kesan kepada rambut dan kuku.


3. Tekanan (Depression)

Pengambilan Omega3 sangat penting dalam pengaturan sel-sel saraf ke otak, Kekurangan Omega3 mampu mempengaruhi fungsi saraf dan minda dan merisikokan terjadinya tekanan.


4. Sukar Fokus

Kekurangan Omega3 juga boleh menyebabkan kesukaran untuk fokus. Hal ini kerana Omega3 memainkan peranan penting dalam fungsi saraf dan otak.


5. Sakit Sendi

Sakit Sendi biasa terjadi apabila meningkat usia disebakan menipisnya tulang rawan. Pengambilan Omega3 yang bersifat anti radang mampu mengatasi masalah nyeri dan sakit sendi ini. Jadi, kekurangan Omega3 mampu mempengaruhi pergerakan terutamanya sendi dan tulang.


Kesimpulan 

Pengambilan Omega3 merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Badan tidak dapat menghasilkan Omega3 dengan sendirinya. Jadi, pengambilan Omega3 dari pemakanan seharusnya menjadi keperluan setiap hari. Tambahkan satu hidangan ikan dalam makanan sekurangnya 2-3 kali seminggu. 

Keperluan Omega3 untuk dewasa adalah sekitar 1100mg- 1600mg. Keperluan Omega3 untuk kanak-kanak pula sekitar 500mg-900mg sehari. Selain pengambilan dari pemakanan, kini terdapat banyak makanan tambahan Omega3 minyak ikan dalam bentuk softgel di pasaran yang boleh di dapatkan.

Post a Comment

0 Comments