CoQ-10 Bantu Kesuburan
Buat pasangan suami isteri yang dah lama menanti kehadiran zuriat, cahaya mata, pasti bermacam cara dah di ikhtiar untuk berjaya memegang amanah 'title' ibu dan ayah tu kan? Sewaktu dalam fasa 'trying to conceive' (TTC), memang pemakanan, kesihatan kedua pasangan sangat penting kerana proses ini memerlukan komitmen dari kedua belah pihak. Setelah melakukan Tips dan Petua Ikhtiar Hamil, pasti ramai yang mencari suplemen untuk meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri.
Jika anda sudah lama dan telah mencuba pelbagai cara untuk TTC, pastikan anda tidak terlepas tentang kehebatan Coq10 dalam membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri.
Apa itu CoQ10?
CoQ10 atau nama penuhnya Coenzyme Q10 adalah sebatian kimia yang terdapat dalam kebanyakan sel tubuh kita untuk membantu penghasilan tenaga. Jika anda biasa mendengar tentang Mitokondria, ianya adalah pusat janakuasa dalam tubuh dan berfungsi dengan menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga dengan kehadiran CoQ10.
Kewujudan CoQ10 ini terdapat banyak pada sel-sel tubuh terutamannya pada jantung dan beberapa organ aktif yang lain.
Namun, kewujudan CoQ10 ini menurun seiring dengan pertambahan usia.
Bagaimana Radikal Bebas Memberi Kesan Kepada Sel?
Radikal bebas sangat bahaya untuk kesihatan kita dan ianya adalah 'pemula' kepada penyakit-penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser dll.
Radikal Bebas memang banyak terdapat dalam tubuh sebagai 'produk' sampingan yang kita dapat dari pemakanan yang kita ambil setiap hari. Hakikatnya, radikal bebas ini sukar untuk di elakkan. Jika tidak dari pemakanan, ianya banyak terdapat dalam persekitaran kita seperti udara yang tercemar, persekitaran yang kotor dan seumpamanya.
Radikal bebas ini mampu merosakkan sel dari setiap sistem tubuh dan memberi kesan kepada penyakit-penyakit yang sekian banyak hari ini.
Radikal bebas yang terdapat dalam tubuh akan menyerang sel-sel badan dan akan menyebabkan Tekanan Oksidatif (Oxidative Stress) dan akhirnya merosakkan sel. Kesannya sistem tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
CoQ10 untuk Kesuburan
Dalam kes Fertility atau Kesuburan, kesan ini menyebabkan sel sperma dan ovum tidak dapat membesar dan matang dengan baik untuk membawa kepada persenyawaan. Permasalahan yang banyak terdapat dalam fungsi kesuburan adalah seperti PCOS iaitu penghasilan telur yang tidak matang, Pembentukan Cyst, Fibroid, Endometriosis dan ketidak seimbangan hormon.
Bagi lelaki pula, masalah kesuburan yang sering dialami adalah :
- Penghasilan kuantiti sperma yang kurang (kurang 15juta/milliliter)
- Pergerakan Sperma (sekurang-kurangnya 40% Sperma mampu bergerak normal untuk mencapai ovum
- Morfologi Sperma (Bentuk Sperma yang normal adalah mempunyai kepala yang berbentuk oval, dan ekor yang panjang). Sekiranya seseorang mempunyai sperma yang normal lebih banyak, ia dikira sebagai subur.
Untuk memastikan punca (root cause)permasalah ini dapat di atasi, pasangan yang sedang berikhtiar hamil atau TTC memerlukan pemakanan dan persekitaran yang baik untuk mencegah kesan oksidatif stress ini.
Selain menjaga pemakanan, pengambilan makanan tinggi CoQ10 juga penting untuk melindungi sel dari serangan radikal bebas.
Makanan Kaya CoQ10 :
Terdapat banyak makanan yang mengandungi Coq10, antaranya:
- Daging organ: buah pinggang, hati
- Ikan berlemak: sardin, salmon, trout, ikan tenggiri
- Daging: ayam, daging lembu
- Sayur-sayuran: bayam, brokoli
- Buah-buahan: Strawberi, oren
- Minyak: minyak kacang soya dan canola
- Sayuran: kacang soya, lentil, kacang tanah
- Kacang dan biji: pistachio, biji bijan
- Bijirin penuh
Namun, untuk memenuhi keperluan tubuh badan dewasa yang memerlukan sekurang-kurangnya 100mg-200mg CoQ10 setiap hari, terlalu banyak jumlah makanan tersebut yang perlu anda ambil seperti 3kg daging atau 7kg ayam untuk melengkapi 100mg CoQ10! Ini kerana kepekatan CoQ10 dalam pemakanan terlalu sedikit.
Cara yang mudah untuk anda memenuhi keperluan CoQ10 adalah dengan mengambil makanan tambahan Coq10 atau di Shaklee disebut sebagai CoQ-Trol Plus.
CoQ-Trol Plus Shaklee di formulakan dengan CoQ10 serta kandungan Resveratrol dan Campuran Tokoferol.
Resveratrol adalah sejenis fitonutrien yang banyak terdapat dalam anggur merah, kulit anggur dan buah-buahan berries. Reveratrol ini juga terdapat dalam Vivix dan Res-V Shaklee .
Campuran Tokoferol adalah sebahagian daripada Vitamin E yang juga mempunyai anti-oksidan yang tinggi.
Kesimpulan
Proses Ikhtiar Hamil atau TTC ini memerlukan komitmen kedua-dua pasangan suami dan isteri. Pemakanan, gaya hidup dan persekitaran yang baik sangat menyumbang kepada faktor kesihatan sekaligus kesuburan kita.
Akhir kata, Niza doakan buat pasangan yang berusaha, berikhtiar untuk hamil dikurniakan zuriat yang comel, sihat, cerdas, soleh dan musleh tak lama lagi.
Aameen ya Allah ya Mujib.
Bagaimana nak dapatkan khasiat CoQ-Trol Plus ini?
Boleh klik gambar di bawah untuk terus ke pautan wasap Niza ya.
Niza Ahmad
27 Julai 2023
TTC Fighter
#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
0 Comments