Testimoni Shaklee Sepanjang 10 Tahun

 The Journey of 10 Years..

Testimoni Shaklee

Alhamdulillah! Jika nak di hitung, Tahun ini 2023 genap 10 tahun Niza diperkenalkan dengan Shaklee. Mengimbau kenangan, banyak betul jatuh bangun bersama Shaklee ni. haa gitu. Banyak juga Testimoni Shaklee sendiri bersama produk-produk nya.

Niza mula mendaftar sebagai ahli Shaklee pada tahun 2013. Mula daftar tu masih makan sendiri dan usha-usha dulu kononnya macam mana geng Shaklee berbisnes. 2013, Niza masih tahun ke-2 di Univeristi jauh nun di Utara tanah air. Almaklum masih bergelar student, segala stok Vitamin di sponsor oleh kakak ku merangkap Upline Shaklee yang bertanggungjawab menjebakkan Niza ke dunia Shaklee 😆

Sejenis Niza yang tak pernah-pernah nak consume segala Vitamin sejak dari kecil, memang agak susah ya nak konsisten setiap hari. Melainkan ketika cuti semester, ada pengaruh di rumah, konsisten jugak laaahh consume Vitamin. 

Sejak 2013, antara Vitamin yang Niza consume adalah Vitamin C, B-Complex, Protein ESP, Omega Guard, Lecithin, Ostenutrix (ketika tu namanya masih Ostematrix), . Ini antara yang Niza ambil setiap hari ketika tu. Ada hari teringat dan terasa nak makan, Niza akan ambil jugak Collagen Plus Powder, Vivix. Sakan kan? tapi ada ketika je lah. Dah cakap kan kita sejenis tak dibiasa kan dengan Vitamin sejak kecil. 

Nak jadi turning pointnya, penghujung 2013..


Parut Kemalangan

Apabila Niza terjebak dalam kemalangan jalan raya (motosikal) ketika di Universiti. Malam tu tanpa di sedari apa yang terjadi (punca kemalangan), sedar-sedar je dah di hospital. MasyaAllah, malam yang sama kakak den bertarung di Labour Room bersalinkan anak beliau yang ke-3. 

2-3hari selepas kejadian

Mujurlah family jauh, tak dapat nak naik ke utara on the spot. Makanya, ada lah gambar 'kenangan' waktu ni buat di update pada keluarga. Almaklum, fon masa tu belum pakai android lagi rasanya. Ada wasap je kalau fon canggih sikit pun. 😆 Dapat la jugak dijadikan Testimoni Shaklee kan?

Dari cerita sahabat-sahabat yang bantu uruskan motosikal yang Niza naik, kesannya terseret sepanjang 3 meter bersama kek (malam tu jugak Birthday housemate). Jadi, ini lah rupa wajah yang terseret atas jalan tar sepanjang 3 meter. Dan kejadian itu kekal misteri puncanya. haaa suspen? Tapi berdasarkan tempat kejadian, macam kemalangan sendiri sama ada terlanggar lubang/lost control atau seumpamanya memandangkan tiada kesan kemalangan dengan kenderaan/orang lain.

1 Minggu selepas kejadian

Asbab memang dah consume Shaklee ketika tu, Niza semakin konsisten consume Suplemen Shaklee ni secara tak lansung. Kebiasannya Niza memang akan minum ESP sebagai sarapan pagi paling pantas sebelum makan berat di kafe kuliah. Disebabkan eksiden ni, bibir tak dapat nak buka luas untuk makan nasi dan makanan pejal. Memang Minuman yang mengenyangkan sahaja lah jadi alas sebelum dapat beli bubur atau sup. 

Sedar tak sedar, dari 2-3 bulan jangkaan doktor untuk fully recover, alhamdulillah dengan izin Allah, 3 minggu je kulit dah regenerate sel baru.

Oh ya! waktu ni jugak Niza setia ambil Vitamin C , Zinc Plus untuk cepat kering dan sembuhkan luka. 


3minggu selepas kejadian

Pejam celik, pejam celik. Hampir 10 tahun kejadian ni berlaku. Dan kejadian inilah yang menjadi turning point Niza untuk lebih konsisten amalkan produk Shaklee. Jika sebelum ini consume hanya sebab ikut-ikutan. Sekali dapat kesannya, alhamdulillah. terus jatuh cinta! Betul lah kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta. Dah kenal, jatuh cinta, seronok pulak terus berkongsi manfaat baik produk pada orang ramai😀


Parut Chicken Pox

Bila dah memang sedia kala consume Shaklee untuk Wellcare. 
Apabila sakit, kita exta care la gitu kan?

Pernah terkena chicken pox di usia dewasa? Seram je kan?
Seingat dalam memori Niza, belum pernah terkena Chicken Pox sejak kecil (sedalam ingatan sendiri je la). Tiba-tibaaa pada tahun 2018, dapat pulak Chicken Pox! Di usia dewasa ni, memang rumit dan menyeramkan bagi Niza sebab fobia dengan gatal dan parutnya. Parutnya lah yang ramai takut sebab malu kan nak keluar berjumpa orang ramai? MasyaAllah. Tapi kita hadap sajalah.

Bila dah kena chicken pox ni, segala pantang Niza amalkan. Antaranya:
1. Minum air kelapa muda
2. Hirup sup ayam kampung
3. Pakai bedak sejuk pada biji-biji chicken pox tu

dan apa lagi lah macam-macam kita ikhtiar. Tentunya, ikhtiar Vitamin Shaklee tak tinggal!

ESP is a must dan wajib ambil setiap hari untuk bantu sel-sel badan bekerja. Apatah lagi saat imun badan merudum. Ditambah lagi nak hilangkan parut yang ambil masa jugak nak hilang.

Dan alhamdulillah. Selepas 2minggu lebih kuarantin, I'm survived!

ESP packaging lama lagi waktu ni




Hilang hampir 10 kg dalam tempoh kurang 2 bulan

Masalah berat badan ni memang masalah bagi Niza 😆 Naik, turun, naik, turun macam yoyo berat nya. Ditambah selepas kawen, berat lagi naik mendadak bagi di pam. Kalau belon tu kembang, takpe lah sebab dia ringan dan tentutnya dia belon! Tapi kalau manusia mengembang ni, it must be something wrong somewhere la kan?

Paling takut kesiahatan dalam tempoh jangka masa panjang. Haaa kata consume Shaklee?

Yes. Kita tak stop consume Shaklee pun. Tapi ketahuilah oleh mu bahawa, masalah berat badan ni bermula dari pemakanan dan lifestyle. Dan untuk mengurangkan nya pun dari pemakanan dan lifestyle juga. Ambillah suplemen apa sekali pun, jika makan tak hengat dunia, memang berkembang dengan jayanya jugak lah badan tu.

Alhamdulillah, sejak Shaklee launch Set Hello New You dengan Kempen Intermittent Fasting, Niza mula take part dengan semangat nak kembalikan berat Ideal. Semasa bujang, berat tak pernah cecah kepala 9. Kebiasaanya naik turun dalam lingkungan 75-85 kg sahaja. Sejak dari selepas kawen, sehinggalah saat sebelum Niza mulakan IF dengan Set kurus Shaklee ni, berat masa tu dah cecah 97+ kg!

Bila naik penimbang tu, memang seram sebab dah hampir 3 angka dah beratku. Allahu. Itulah turning point untuk kurus. Pejam celik, pejam celik sepanjang 6minggu mengamalkan pemakan sihat bersama Projek If dan juga set kurus Shaklee, Niza berjaya loss 9.3kg!

Set Kurus Shaklee
Orang yang sama, berat yang berbeza

Niza masih lagi dalam misi Projek Kurus. On going perjuangan di teruskan sehingga tercapai berat ideal idaman😆 Doakan Niza juga ya!


Alhamdulillah, panjang coretan kali ni. Nak mencoret #ShakleeEffects dan Testimoni Shaklee Sepanjang 10 tahun, memang banyakkk.. 3 dulu yang Niza highlight kan kali ni. Semoga ada rezeki memenangi hadiah tajaan dari www.Anakkuwira.com.



Nak Niza bantu dapatkan Shaklee Effects anda sendiri?

Jangan segan silu untuk wasap Niza! (Klik Gambar dibawah)




#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023

Post a Comment

0 Comments