Res-V Shaklee : Khasiat, Kelebihan & Manfaatnya

RES-V SHAKLEE : MANFAAT KESIHATAN DALAM SATU KAPSUL

Res-V Shaklee

Campuran Semulajadi Kaya Dengan Polifenol

Res-V adalah formulasi unggul dari bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan Polifenol untuk menyokong kehidupan yang lebih aktif dan bertenaga. 

Revolusi Res-V ini adalah kesinambungan dari Minuman Botani : Vivix yang mana Res-V telah dipertingkatkan 30% lebih berkuasa dan diciptakan dalam bentuk kapsul / softgel yang lebih mudah dibawa ke mana-mana berbanding Vivix, cecair yang perlu disimpan pada suhu sejuk.

Gabungan ekstrak 7 bahan yang sangat tinggi polifenol menjadikan Res-V makanan tambahan yang menyokong kesihatan dari peringkal DNA sel dan memberi pelbagai manfaat dari segenap sudut kesihatan.

Kandungan Res-V

Polifenol


1. Anggur Hitam (Blackcurrant)

Anggur hitam ini sangat tinggi anti-oksidan seperti polifenol dan vitamin C.


2. Buah Delima (Pomegranate)

Buah Delima juga sumber antioksidan yang mempunyai pelbagai khasiat seperti Elagitanin, Asid elagik dan Flavonoid yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. 


3. Lobak ungu (Purple Carrot)

Lobak Ungu mengandungi Polifenol yang penting seperti Antosianin dan Lutein


4. Buah Kaduka (Chebulic Myrobalan)

Buah Kaduka mempunyai Manfaat Terapeutik yang penting dari sumber Polifenol seperti Asid Galik dan Asid Elagik


5. Hampas Anggur & Anggur Merah (Grape Pomace & Red Grape)

Hampas Anggur dan Anggur merah mengandungi paras antioksidan Polifenol yang tinggi seperti Proantosianidin


6.  Anggur Muscadine (Muscadine Grape)

Anggur Muscadine sangat terkenal dengan Polifenol yang tinggi seperti Asid Elagik dan Elagitanin 


7. Knotweed Jepun (Japanese Knotweed)

Knotweed Jepun kaya dengan Polifenol yang terkenal seperti Resveraterol dan sangat terkenal dengan manfaat kesihatan yang Positif


Kelebihan dan Manfaat Res-V


Setiap Kandungan utama Res-V mempunyai manfaat kesihatan yang sangat banyak seperti :

Manfaat Polifenol



- Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Beberapa kajian mendapati bahawa Polifenol dapat menjaga tekanan darah dan memelihara kesihatan pembulu darah. Polifenol juga dapat mengurangkan leradangan dan kadar kolestrol jahat (LDL) sekaligus memelihara dari penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung.

- Menurunkan kadar gula darah

Beberapa kajian juga mendapati bahawa pengambilan antioksidan yang tinnggi seperti Polifenol dapat mengurangkan gejala Diabetes. Hal ini kerana antioksidan seperti Polifenol daat meransang pengeluaran Insulin dan menggunakannya secara optimum dan efektif sekaligus membantu menstabilkan kadar gula dalam darah.

- Meningkat Daya Ingatan Dan Kesihatan Otak

Polifenol dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak dan membantu meningkatkan fungsi otak dan daya ingatan.

-Menjaga Kesihatan Pencernaan 

Polifenol membantu penghasilan bakteria baik yang penting dalam usus untuk melawan baketria jahat seperti Salmonella sekaligus meningkatkan kesihatan sistem pencernaan.

- Mencegah Kanser

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Cancer Biology & Medicine , Asid Elagik bersifat anti-radang dan mampu mencegah pertumbuhan sel kanser.

- Mencerahkan Kulit

Sebahagian kajian mendapati bahawa Asid Elagik mampu bertindak balas dengan enzim yang terlibat dalam penghasilan melanin sekaligus mempengaruhi warna kulit.

 - Meningkatkan Kesuburan

Kandungan Resveratrol dalam Res-V sangat tinggi antioksidan berbanding jenis antioksidan lain. Resveraterol membantu melidungi sel dari kerosakan Tekanan Oksidatif (Oxidative Damage) termasuklah melindungi sel ovum dari kerosakan dan memelihara sel tersebut untuk terus membesar, matang dan boleh disenyawakan dengan baik.


Apa kata Pengguna Res-V?






Dapatkan pelbagai manfaat Kesihatan dan Kecantikan hanya Dengan sebotol Campuran Propieteri Semulajadi Res-V hari ini!



#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
# ResVShaklee

Post a Comment

0 Comments