Kebaikan Vivix Shaklee : Minuman Botani Yang Tinggi Antioksidan

 Kebaikan Vivix Shaklee

Kebaikan Vivix Shaklee

Kejayaan Revolusi dari Shaklee

Minuman Botani yang Lazat

Selama lebih 100 tahun, shaklee sentiasa mendahului masa, berinovasi melalui sains dan menggunakan Alam Semulajadi dengan penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian dari kehidupan seharian kita.

Inovasi yang berterusan telah membawa kepada Vivix®

Campuran Sempurna Polifenol

Selain buah Anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicamprunkan dengan REJUVETROL yang sedang di PATEN kan iaitu Campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Purple Carrot dan Ekstrak Elderberry Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas.

Shaklee menggunakan ekstrak yang di paten untuk mengekalkan kuasa anti-oksidan dan polifenol.


Keistimewaan Shaklee

1. Dengan kemajuan saintifik, campuran proprietari berasaskan anggur muscadine, salah satu buah yang paling jarang didapati dan paling kuat, digabungkan dengan campuran Rejuvetrol™ yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah. 

2.  Meningkatkan kepekatan asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat 

3.  Semulajadi - tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet.

4.  Proses pengekstrakan yang telah dipaten bantu mengekalkan bioaktif polifenol.

5. Dicipta daripada penyelidikan klinikal yang berjaya termasuk Kajian Landmark, salah satu kajian klinikal terbesar tentang kesan jangka panjang pengambilan suplemen dan Kajian Telomere.

6.  Diuji lebih daripada 16,000 kali untuk keselamatan d an kualiti semasa dicipta. 

7.  Minuman botani yang lazat. 

8.  Disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM.


Kandungan Utama Vivix

Hadiah Alam untuk Kesihatan
Polifenol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya. Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.


Muscadine Grape

 

Japanese Knotweed



Purple Carrot



Elderberry eropah

Manfaat Utama Vivix

Manfaat Vivix dari Polifenol

1. Membersih dan Detoks

Kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal.

  • Melindungi hati dengan membantu badan mengawal tekanan dalam badan, mengurangkan kemerahan dan bengkak, serta mengurangkan sel yang mati pada organ hati. 1
  • Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah keletihan dan hati berlemak atau mencari penyelesaian detoksifikasi hati secara semula jadi!
  • Polifenol terutamanya resveratrol menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. 2
  • Ia merangsang hormon yang meningkat apabila individu mengawal pengambilan kalori.

2. Meningkatkan Tenaga
Mitokondria adalah pengeluar tenaga utama anda, ia memenuhi lebih daripada 90% keperluan tenaga badan. Polifenol juga membantu meningkatkan prestasi anda ketika bersenam.

  • Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu mempercepat pengeluaran mitokondria di dalam badan kita.
  • Peningkatan tahap mitokondria membantu meningkatkan tenaga badan dan mengurangkan keletihan.
  • Di dalam satu kajian, salah satu polifenol yang paling berkuasa - resveratrol, bukan sahaja meningkatkan kelajuan tikus berlari pada pengisar injakan sebanyak 21 peratus, tetapi juga membantu tubuh mereka memecah lemak dan memperkuat otot rangka, 3 meningkatkan prestasi senaman.
  • Resveratrol didapati meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot pada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila digabungkan dengan amalan bersenam. 4

3. Kulit Berseri
Kajian klinikal terkini mencadangkan bahawa polifenol mempunyai potensi untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit 4 untuk memperoleh kulit yang lembut dan berseri.

  • Meningkatkan pengeluaran kolagen 5 untuk kulit yang tegang.
  • Melicinkan garis halus dan kedutan 5 untuk kulit yang kelihatan lebih muda.

4. Meningkatkan Perlindungan
Pelbagai kajian penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam menghalang pertumbuhan sel abnormal.6,7,8,9 Penyelidik percaya bahawa fungsi antioksidan polifenol membantu:

  • Melindungi DNA daripada kerosakan, yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel abnormal.
  • Menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang sihat.
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Kurangkan tekanan biologi dalam badan.

Kebaikan lain Polifenol yang terdapat dalam Vivix

Kebaikan Vivix



Dapatkan Manfaat Polifenol hasil terbaik alam semulajadi dalam Minuman Botani Vivix hari ini!



#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
#VivixShaklee


Rujukan : 
1. Peiyuan H, et al. Resveratrol ameliorates experimental alcoholic liver disease by modulating oxidative stress. Evid Based Complement Alternat Med. 2017;2017:4287890.
2. Renes J, et al. Calorie restriction-induced changes in the secretome of human adipocytes, comparison with resveratrol-induced secretome effects. Biochim Biophys Acta. 2014 Sep;1844(9):1511–1522.
3. Dolinsky VW, et al. Improvements in skeletal muscle strength and cardiac function induced by resveratrol during exercise training contribute to enhanced exercise performance in rats. J Physiol. 2012 Jun 1;590(11):2783–2799
4. Bennett BT, et al. Effects of resveratrol on the recovery of muscle mass following disuse in the plantaris muscle of aged rats. PLoS One. 2013; 8(12): e8351
5. Joi A. Nichols, S. K. (2010). Skin photoprotection by natural polyphenols: anti-inflammatory, antioxidant and DNA repair mechanisms. Archives of Dermatological Research, 71-83.
6. Oxidative Medicine And Cellular Longevity, 2015, 1-14
7. National Cancer Institute,. (2015). Tea and Cancer Prevention
8. Rev Physiol Biochem Pharmacol. 2007;159:79-113
9. Marouf BH et al. Resveratrol Supplementation Reduces Pain and Inflammation in Knee Osteoarthritis Patients Treated with Meloxicam: A Randomized Placebo-Controlled Study. J Med Food. 2018 Aug 30. doi: 10.1089/jmf.2017.4176. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/30160612






Post a Comment

0 Comments