Apa Itu Jeragat?
Jeragat adalah tompok-tompok kecil yang bewarna lebih gelap dari warna asal kulit yang terdapat pada muka. Jeragat ini kebiasaanya bermula dengan tompok-tompok kecil dan boleh jadi besar apabila tompok-tompok kecil ini bercantum dengan tompok jeragat yang lain.
Bagi mereka yang berkulit cerah, jeragat akan kelihatan bewarna coklat gelap. Bagi mereka yang berkulit gelap pula, jeragat akan kelihatan bewarna kehitaman. Jeragat kebiasaannya muncul pada kawasan yang banyak terdedah kepada cahaya matahari seperti muka, tangan dan bahu.
Apakah Punca Jeragat Terjadi?
Jeragat terjadi apabila sejenis sel(melanocytes) yang berfungsi untuk menghasilkan melanin yang penting untuk melindungi kulit dari Sinaran UV yang berbahaya, menghasilkan melanin secara berlebihan (hyperpigmentation).
Orang yang mempunyai kulit yang gelap mempunyai lebih banyak Melanin berbanding orang yang mempunyai kulit cerah.
1. Terdedah kepada Sinaran UV Matahari secara langsung
Penghasilan Melanin terjadi secara aktif apabila kulit terdedah kepada sinaran UV secara terus. Ini berlaku apabila kita terdedah kepada sinaran Uv tanpa memakai sebarang pelindung kulit.
Sinaran UV terdapat 3 jenis dan setiap satunya berbahaya kepada kulit termasuklah penghasilan jeragat.
Sinaran UVA adalah paling banyak terdedah kepada kita kerana diserap sedikit sahaja ke lapisan ozone bumi. Sinaran UV A inilah yang menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti kerosakan tisu-tisu kulit, maslaah jeragat dan paling teruk adalah Kanser Kulit.
Sinaran UV B pula adalah sinaran UV yang terdedah kepada lapisan atas kulit dan menjadi penyebab kepada masalah Sunburn.
Sinaran UV C pula adalah sinaran UV yang tidak tembus ke lapisan bumi kerana diserap sepenuhnya pada lapisan ozone.
2. Persekitaran yang tercemar
Persekitaran yang tercemar seperti udara kotor, asak kenderaan, kilang dan asap rokok mempunyai kadar toksin dan radikal bebas yang tinggi. Bahan-bahan bertoksik ini mampu mempengaruhi kesihatan serta fungsi tubuh seperti gangguan hormon, Hal ini sekaligus mempengaruhi penghasilan melanin secara tidak terkawal dan menyebabkan terbentuknya jeragat pada kulit.
3. Produk Kecantikan atau Kosmetik
Terlalu banyak produk kecantikan dan produk kosmetik hari ini di ciptakan untuk 'hasil' yang lebih cepat. Seperti kulit cerah hanya dalam tempoh 3 hari. Perkara ini hanya boleh terjadi apabila kandungan yang digunakan dalam alat kosmetik / kecantikan tersebut mempunyai bahan kimia berbahaya. Kandungan berbahaya ini mampu memberi kesan seperti penghakisan kulit, perubahan hormon yang mendadak.
Semua keadaan ini sangat memberi pengaruh besar kepada penghasilan jeragat.
4. Genetik
Memandangkan pembentukan jeragat sangat berkait rapat dengan melanin, sesetengah individu mempunyai jeragat disebabkan oleh genetik yang diwarisi oleh ibu/ayah. Disebabkan itulah ada sesetengah kanak-kanak juga mempunyai jeragat. Perkara ini biasanya berlaku di kawasan Eropah yang mana kebanyakan mereka mempuyai kulit cerah (kandungan melanin yang rendah)
5. Perubahan Hormon
Pembentukan jeragat juga dipengaruhi oleh perubahan hormon yang menyebabkan melanosit tidak berfungsi dengan betul sekaligus menghasilkan melanin secara aktif dan tidak terkawal.
6. Culas Penjagaan Kulit
Culas Penjagaan asa kulit juga menyebabkan pembentukan jeragat lebih mudah muncul. Terutamanya apabila kulit tercemar dan tidak dibersihkan. Selain itu, kulit yang tidak dipakaikan pelinndung dengan SPF ketika terdedah kepada sinaran UV.
Sekurang-kurangnya, pastikan anda mengamalkan penjagaan asas kulit menggunakan:
- Pencuci Muka
- Toner
- Pelindung Kulit (Sunscreen/Moisturizer)
Dan sebaiknya juga, pastikan anda 'exfoliate' kulit sekurang-kurangnya seminggu 1x untuk mengeluarkan bendasing yang tersumbat dalam pori kulit.
Tips Mengelak dan Menghilangkan Jeragat dengan Mudah
Terdapat beberapa cara dan langkah yang boleh di amalkan untuk mengelakkan pembentukan jeragat atau untuk menghilangkan jeragat yang terbentuk. Antaranya adalah dengan rawatan dermatologi, rawatan laser atau dengan rawatan menggunakan bahan-bahan yang mampu mengurangkan pembentukan melanin seperti :
- Kojic Acid
- Vitamin C
- Glycolic Acid
- Azelaic Acid
- Retinoid
- Kojic Acid
- Vitamin C
- Glycolic Acid
- Azelaic Acid
- Retinoid
Tapi semestinya, rawatan-rawatan ini memakan masa dan kos yang tinggi. Jom Niza kongsikan petua hilangkan jeragat yang mudah di amalkan dengan menggunakan bahan yang mudah di dapati seperti di bawah :
1. Cuka Epal
Cuka Epal bersifat Astringen yang mampu membersihkan kulit dari kotoran yang tersisa walaupun selepas mencuci muka. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan kulit berminyak dan bersifat antibakteri dana antiseptik.
Namun begitu, penggunaan yang berlebihan menyebabkan keradangan kulit. Sebaiknya, amalkan hanya 1kali seminggu.
2. Kulit Kayu Manis
Kulit Kayu manis sangat sinonim dijadikan serbuk dan dijadikan sebagai 'masker' muka untuk tujuan penjagaan kecantikan secara tradisional. Penggunaan Kulit Kayu Manis juga membantu penghasilan sel kulit baru.
Caranya sangat mudah, campurkan 1 sudu kecil serbuk kayu manis bersama dengan 3 sudu madu dan dijadikan masker, disapu pada muka terutama kawasan yang terdapat jeragat. Biarkan sekurangnya 15mnit, kemudian bilas dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih. Amalkan 2 kali seminggu secara konsisten, dan lihatlah kesannya!
3. Teh Hijau
Teh hijau sangat terkenal dengan anti-oksidan nya yang mampu menyelesaikan masalah jeragat. Menurut kajian, teh hijau ini juga mempunyai faedah yang mampu mengurangkan pengeluaran minyak penyebab jerawat.
Caranya,hanya sapukan ia pada kulit muka. Anda juga boleh jadikan ia sebagai bahan tuaman dengan memasukkan ia pada beg teh hijau, rendam ke dalam air panas kemudian tuamkan ia pada kawasan yang teruk terjejas secara perlahan-lahan dan lembut.
4. Aloe Vera / Lidah Buaya
Penggunaan aloe vera dalam bidang kecantikan sangat popular kini. Aloe Vera sangat bermanfaat dalam menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan kulit dan kecantikan seperti :
- Mencerahkan wajah
- Mengatasi kulit kering dan berminyak
- Mengecutkan jerawat
- Menghilangkan jeragat
- Melindungi kulit dari sinar matahari
- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Untuk mengatasi masalah jeragat, caranya, ambil keratan lidah buaya dan lumurkan pada muka dengan gel/lendir lidah buaya tersebut pada muka. Biarkan sehingga 20-30minit, kemudian bilas dengan air suam dan lap muka dengan tuala kering dan bersih.
Amalkan setiap hari sehingga dapat hasil yang anda idam kan!
5. Set Jeragat Shaklee
Selain dari petua dan tips dari dapur, anda juga boleh mengamalkan set Jeragat Shaklee untuk mencegah masalah jeragat ini dari awal dan juga untuk menghilangkan jeragat anda.
1. Suplemen
Suplemen Set Jeragat ini mengandungi beberapa produk yang sangat berkesan dalam mengatasi masalah jeragat, parut pada kulit, masalah jerawat, tona kulit tidak sekata, kedutan dan garis halus pada muka serta masalah hormon yang tidak stabil.
2. Youth Skincare
Selain penjagaan dalam dengan suplemen, anda juga boleh mengatasi masalah jeragat dengan rangkaian produk penjagaan kulit Youth Skincare. Youth skincare ini sangat istimewa dan berbeza dengan jenama lain di pasaran kerana Youth mempunyai formulasi yang di paten (yang tiada pada skincare lain).
Youth skincare Basic yang mengandungi Cleanser, Toner dan Moisturizer (sunscree dengan SPF50) |
Set Youth Skincare Basic ini mengandungi penjagaan asas kulit dengan :
- Youth Luminous Gel-Oil Cleanser
- Cleanser Youth ini sangat istimewa kerana mampu bertindak 3 dalam 1 iaitu sebagai pencuci muka, make up remover dan juga pencuci double cleansing.
- Youth Perfecting Skin Toner
- Toner Youth berfungsi sebagai exfoliator yang membantu mencuci hingga ke liang pori dari tersumbat serta mengecilkan liang pori.
- Youth Age Defense Moisturizer SPF50
- Moisturizer ini berfungsi untuk melembapkan wajah sekaligus melindungi kulit dari sinaran berbahaya UVA dan UVB.
- Moisturizer ini juga mempunyai broad spectrum serta mengandungi SPF 50 yang menjaga serta merawat kulit.
Youth Skincare Advanced dengan Cleanser, Toner, Serum, Moisturizer dan Radiance C+E |
Youth Skincare Advanced ini adalah set asas Youth yang dilengkapi juga dengan :
- Youth Activating Serum
- Serum Youth telah terbukti sangat berkesan dengan cepat kerana mempunyai kepekatan yang tinggi untuk memudarkan parut dan tona kulit tidak sekata.
- Youth Radiance C+E
- Radiance C+E ini di formulasikan khas untuk kecantikan asli dengan kepekatan tinggi Vitamin C dan Vitamin E yang ternyata sangat penting dalam penjagaan kulit yang cantik.
- Radiance C+E ini sesuai dengan namanya sangat membantu dalam mencerahkan kulit, memudarkan parut serta menganjalkan kulit secara pantas dengan penggunaan yang konsisten.
Baca lanjut di sini tentang penghasilan Youth Skincare serta formulasi rahsia yang di paten lengkap dengan kajian klinikal terhadap pengguna Youth (No animal tested)
Apa Kata Pengguna Youth Skincare?
Dah bersedia nak transform dengan Set Jeragat Shaklee?
Jom wasap Niza untuk Niza bantu dengan panduan lengkap ya.
Jemput klik gambar di bawah untuk terus ke pautan Wasap Niza hari ini!
#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
0 Comments