Amalan Gaya Hidup Sihat di Malaysia
Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
1. Mudah Jatuh Sakit
Mereka yang tidak menitikberatkan kesihatan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat akan mudah diserang penyakit akibat dari pemakanan dan pendedahan gaya hidup yang tidak sihat. Gaya hidup tidak sihat banyak memberi kesan kepada kesihatan sama ada dalaman atau luaran kerana ianya saling berkait. Apabila gayahidup kita tidak sihat, ianya cenderung menjadikan tubuh banyak kehilangan nutrisi penting untuk mengawal sistem badan, seterusnya menjadikan sistem imun lemah dan mudah diserang penyakit.
2. Kelihatan lebih tua dari usia
Gaya hidup seperti merokok, stress, minuman bergas, alkohol, pemakanan dan diet tidak seimbang mampu memberi impak negatif kepada kehidupan seseorang apabila kesihatan mula merudum, kesihatan mental dan emosi tidak stabil menjadikan penuaan lebih cepat berlaku. Jadi, tidak hairanlah jika hari ini lebih ramai kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
3. Mudah Letih & Moody
Apabila kesihatan merudum, secara tidak lansung ia memberi kesan kepada penggunaan tenaga berlebihan. Pernah tak apabila kita marah, kita rasa letih sangat? Sedangkan marah tidak menggunakan kudrat yang banyak. Tapi pada hakikatnya, tubuh kita memberi signal kepada sel, sistem tubuh untuk bertindak balas dengan emosi, hormon sekaligus sel-sel menggunakan tenaga lebih banyak dari biasa dan menjadikan kita lebih letih.
4. Cepat Stress dan tertekan
5. Mudah Lupa dan nyanyuk
Badan yang kekurangan nutrisi seimbang, gaya hidup yang tidak memberansangkan mempunyai lebih tinggi potensi untuk jadi pelupa dan nyanyuk walaupun masih muda! Tekanan kepada tubuh menjadi sel-sel otak tidak dapat berfungsi dengan baik dan menjadikan kita pelupa. Walaupun kita jarang 'makan semut'😆
Langkah Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Mulakan langkah pertama ke arah lebih sihat hari ini!
1. Pemakanan/Diet Seimbang
Kamu adalah apa yang kamu makan
Ungkapan ini tepat menggambarkan diri kita sebenarnya. Bukanlah bermaksud kita makan sayur, maka kita akan jadi sayur. 😅 Tapi ianya lebih menggambarkan kepada peri sihat atau sakit nya kita melalui apa yang kita makan.
Apa yang memasuki tubuh kita akan mempengaruhi kesihatan kita jangka masa panjang. Ia kerana kita memerlukan makanan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan. Maksudnya, makanan adalah sesuatu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan dengan sihat dan produktif. Bukan jatuh sakit dan akhirnya mati.
Maka, penting untuk kita mengamalkan diet dan pemakanan seimbang demi memastikan tubuh mendapat nutrisi lengkap untuk kelansungan hidup. Diet seimbang yang dianjurkan oleh Kementerian Kesiahatan Malaysia adalah diet berdasarkan Konsep Suku-suku Separuh. Suku Karbohidrat, Suku Protein dan separuh sumber sayuran dan buah-buahan.
2. Bersenam dan melakukan aktiviti fizikal
Bersenam bukan untuk orang-orang yang ingin menguruskan badan semata-mat. Tetapi bersenam harus dijadikan rutin dan amalan bagi setiap rakyat demi kelestarian kesihatan!
Orang yang bersenam lebih rasional, bertenaga dan produktif. Ini kerana senaman mampu meningkatkan stamina dan memelihara sistem tubuh dengan lebih baik.
Jadikan amalan untuk kita berjalansekurangnya 30minit sehari buat permulaan jika tidak biasa, dan mula tingkatkan masa dan aktiviti semasa ke semasa. Untuk yang bekerja, anda boleh menggunakan alternatif lain bagi perbanyakkan pergerakan dari hanya duduk di meja seperti berjalan kaki, menaiki tangga.
3. Berhenti merokok/minuman beralkohol
"Merokok membahayakan kesihatan". Kanak-kanak pun tahu tagline ni kan?
Kerana memang itulah hakikatnya. Asap rokok mampu meningkatkan toksin dalam darah dan menyempitkan arteri sekaligus menghalang peredaran darah yang lancar. Karbon monoksida dan nikotin pula kedua-duanya membuatkan jantung anda bekerja lebih laju, meningkatkan risiko pembentukan darah beku
Jika anda suka minuman keras berlakohol, ketahuilah bahawa Kesan toksik dari alkohol kepada otak menyebabkan kemurungan dan psikosis serta kerosakan hati (liver).
4. Tidur yang cukup dan berkualiti
Tidur juga memainkan peranan penting kepada kesihatan kerana tidur merupakan proses 'Recovery' tubuh. Banyak sistem tubuh kita sedang bekerja untuk memulihara sel dan tisu tubuh.
Untuk mendapat tidur yang cukup dan berkualiti, sebaiknya elakkan 'screentime' sekurangnya 30minit sebelum anda tidur. Ketika ini anda boleh mengisinya dengan membaca buku atau berbual dengan pasangan (pillow talk). Perkara sebegini membantu anda tidur dengan lebih lena.
5. Minum air yang cukup
Keperluan air sangat penting untuk tubuh kita menjalani setiap proses yang berlaku dalam badan. Tapi, pastikan ianya air masak ya! Bukan air bergula atau berperisa.
Jadikan lah kebiasaan untuk minum air sekurangnya 2liter sehari. Air yang cukup penting untuk proses nyahtoksin (detox) dalam tubuh. Sebenarnya keperluan air bagi setiap individu berbeza bergantung kepada aktiviti dan berat badan. Sebaiknya, keperluan air untuk tubuh kita adalah sebanyak 1 liter/25kg berat badan. Sekiranya, berat kita adalah 75kg, maka kita memerlukan 3liter air sehari.
6. Mengawal emosi
Mengawal emosi adalah sebahagian dari usaha untuk kita menjaga kesihatan kita. Iaitu kesihatan mental dan minda. Minda kita umpama CPU yang mengandungi segala 'program' dan pengaturan sistem tubuh. Sangat penting untuk kita memelihara kesihatan minda melalui penjagaan emosi yang baik.
Perkara diluar jangka memang kadang menganggu emosi serta fikiran kita. Tak mengapa, sungguh kita tidak mampu untuk mengawal apa yang datang dari luar. Hanya yang mampu kita kawal adalah penerimaan diri kita terhadap perkara tersebut dan tindak balas kita terhadap perkara itu.
Antara langkah yang boleh kita lakukan adalah dengan :
- Berfikir secara positif
- Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
- Belajar menyukai diri sendiri
- Belajar bertenang
- Wujudkan hobi
- Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
- Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
- Bersifat tegas dan tetap pendirian
- Tetapkan matlamat realistik untuk diri
0 Comments