Set Kurus Hello New You : Kurus Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar

 Kurus Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar

kurus dengan cepat


Hari ini dah banyak sangat rejim diet yang kita boleh amalkan untuk kuruskan badan, turunkan berat. Hinggakan ada yang terdesak untuk turunkan badan dengan cepat, sanggup pulak tak makan. terlebih kurang kalori atau amalkan 'crash diet' untuk dapat hasil dengan pantas. Sebelum Niza share apa tips yang boleh kita amalkan untuk dapatkan result yang di impikan tanpa perlu berlapar dan stress, jom kita kenali dulu , apa itu Crash Diet?

Apa Itu Crash Diet

Crash Diet boleh dikatakan Diet Extreme yang di amalkan segelintir orang yang ingin mendapatkan hasil kurus dan turun berat dengan cepat. Crash Diet ini tidak bagus dan merbahaya untuk kesihatan. 
Kebiasaannya, Crash Diet yang di amalkan adalah dengan mengamalkan Kalori Defisit yang melampau sehingga lebih 50% kalori yang diperlukan badan.

Tahu tak, badan kita masih memerlukan kalori (tenaga) untuk kegunaan sel dan sistem tubuh walaupun ketika kita tidur atau tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal seperti :
- Jantung memerlukan tenaga untuk mengepam darah
- Sistem Pencernaan memerlukan tenaga untuk mencernakan makanan terakhir yang kita makan
- Sistem penglihatan memerlukan tenaga untuk mata kita berfungsi
- Otak memerlukan tenaga pastikan sel-sel tubuh berfungsi dengan baik

begitulah jua dengan sistem badan yang lain. Walaupun kita hanya duduk menonton tv sekalipun, badan masih membakar kalori untuk dapatkan tenaga. Apa akan terjadi jika mengamalkan diet extreme atau Crash diet sehingga badan betul-betul kekurang kalori melebihi kalori yang badan perlukan?

Secara umumnya, badan memerlukan kalori untuk kegunaan 3 proses utama badan :
1. Basal Metabolic Rate (BMR) 
BMR merupakan tenaga yang diperlukan untuk memastikan segala proses dalam badan berfungsi sewaktu kita rehat.

2. Penghadaman
Badan menggunakan tenaga bagi proses penghadaman. Ini dikenali sebagai kesan termal makanan.

3. Aktiviti Fizikal
Tenaga yang diperlukan bagi melakukan aktiviti harian

Kesan Buruk Crash Diet

Crash Diet


Pengamalan diet extreme dan Crash Diet boleh menyebabkan:
1. Merendahkan metabolisme badan
Metabolisme badan yang turun akan menyebabkan badan membakar hanya sedikit kalori jika kita tidak bersenam atau melakukan aktivit fizikal. 

2. Kehilangan Jisim Otot
Apabila pengambilan kalori disekat terlalu ketat, badan akan kehilangan jisim otot yang mana menyebabkan badan kelihatan menggelebeh dan tidak fit walaupun berat sudah turun.

3. Mudah Keletihan
Apabila Kalori yang di ambil terlalu sedikit, badan akan mudah letih untuk menyempurnakan aktiviti-aktiviti harian dan proses dalam tubuh.

4. Dehidrasi
Apabila badan kekurangan kalori, badan akan mula mengambil tenaga yang disimpan sebagai Glycogen. Glycogen diikat oleh air, apabila badan menggunakan Glycogen, badan juga akan kehilangan air pada masa yang sama menyebabkan badan dehidrasi.

5. Mudah Jatuh Sakit
Diet extreme kebiasaanya akan mengurangkan juga jumlah nutrisi yang diperlukan badan. Apabila badan kekurangan nutrisi, badan mudah diserang dengan pelbagai penyakit disebabakan sistem imun tidak kuat. 

6. Tidak kekal Lama
Crash Diet atau diet extreme ni kebiasaanya menjadi punca kepada berat yo-yo.
Berat badan mudah naik dengan cepat semula sekiranya kita tidak menjaga pemakanan nanti. 

Dalam proses menurunkan berat badan penting untuk memahami Konsep ini:

Kalori intake = DCR : Berat maintain
Kalori intake > DCR : Berat naik
Kalori Intake < DCR : Berat turun

DCR = Daily Calorie Requirement = Kalori yang diperlukan badan

DCR setiap orang adalah berbeza bergantung pada faktor usia, aktivti fizikal dan jantina.

Jadi, penting untuk kita tahu Kalori yang diperlukan badan kita sekiranya nak turunkan
berat badan dan kurus dengan cepat.


Basal Metabolic Rate





Pengiraan BMR dan DCR saling berkait. 

Jom Niza share satu contoh :

Berat Aminah : 70 kg, Tinggi : 152cm, Usia : 26 Tahun, Bersenam secara sederhana (3-5x seminggu)

BMR Aminah = 655 + [9.6 x 70] + [1.8 x 152] - [4.7 x 26] = 1478.4kcal

Pengambilan Kalori harian yang diperlukan Aminah = DCR

DCR Aminah = BMR x 1.55 = 1478.4kcal x 1.55 = 2291.52kcal

Jadi untuk menurunkan berat badan, Aminah perlu mengurangkan pengambilan kalori harian sekitar 20-30% sudah memadai.

Kunci untuk menurunkan berat badan di sini adalh KALORI DEFISIT (Pengurangan Kalori Intake). Jika kita dah faham hal ini, baru lah kita dapat mengamalkan diet yang betul dan mengelak dari terjadinya 'Crash Diet'.


Tips Kurus Tanpa Perlu Berlapar

Nak turunkan berat badan dan kekal lansing tak susah pun jika diamalkan dengan betul dan konsisten.

1. Amalkan Konsep Suku-suku separuh. Badan memerlukan kesemua sumber karbo, protein dan zat dan mineral dari buah dan sayur.  Amalkan kesemua dalam portion yang betul untuk pastikan badan dapat nutrisi lengkap.

2. Pilih makanan Rendah Glisemik Indeks seperti beras perang/beras parboiled, roti wholemeal, ubi keledek. 

3. Ambil kira kalori intake dari pemakanan yang kita ambil. Kita dah tahu cara kira keperluan kalori harian kita tadi kan? Jadi, inilah masanya untuk kita amalkan. Nak turun berat, pastikan kalori defisit!

4. Banyakkan pengambilan sumber fibre (serat). Sayur dan buah merupakan sumber serat yang tinggi. Serat sangat penting untuk memastikan badan kenyang lebih lama.

5. Banyakkan bergerak aktif/bersenam. Ramai yang malas bersenam sekarang memandang pekerjaan kita banyak dimudahkan dengan 'robot' dan mesin. Jadi, luangkan lah masa sekurangnya 30minit sehari untuk kita bersenam. Sekadar 'briskwalk' juga memadai jika tidak punya masa yang lapang. Atau boleh juga banyak bergerak aktif seperti berjalan kaki dari parking yang sedikit jauh ke pejabat, menaiki tangga berbanding lif dan aktiviti-aktivit lain yang membantu untuk membakar kalori dan lemak badan.

6. Pengambilan makanan tambahan sebagai Booster. Makanan tambahan pilihan ramai tentunya set Hello New You! Set ini lengkap untuk membantu anda membakar lemak dengan efektif, mengurangkan craving dengan meransang hormon Leptin (Hormon yang menghantar Signal Kenyang), membantu tubuh detox sekaligus mencuci usus serta mengempiskan perut. 

Set Hello New You ini juga mengandungi Protein yang rendah Glisemik Indeks, tiada kolestrol, rendah kalori dan yang penting, kenyang lama dan lengkap dengan nutrisi penting yang badan perlukan. 


Set Hello New You

Set Hello New You


Testimoni Set Hello New You











Jom dapatkan Set Hello New You dengan Niza dan dapatkan e-book Panduan Diet lengkap untuk turunkan berat dalam tempoh kurang 3 bulan!

Klik Gambar untuk terus wasap Niza hari ini.

#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023

Post a Comment

0 Comments