Open House Raya Eratkan Silaturrahim

Aidilfitri Eratkan Silaturrahim

Setelah sebulan berpuasa melayari madrasah Ramadan, Alhamdulillah tiba Aidilftiri untuk kita rayakan dan kembali kepada fitrah. Aidilfitri merupakan perayaan yang di nantikan setiap insan apatah lagi anak perantauan yang sudah lama tak berkumpul adik beradik kan?


 Kebiasaanya adik beradik ni kan pulang ke kampung mengikut waktu lapang atau cuti masing-masing. Jadi tak selalunya bila pulang ke kampung ni dapat berkumpul adik beradik. Jadi, setahun sekali dua je lah waktu Raya nak berkumpul. 

Sepanjang Aidilfitri 2023 ni, memang banyak betul jemputan kenduri kendara sama ada dari jiran, saudara mara hinggalah kenalan zaman sekolah, Kolej dan universiti. Meriahkan bila dapat berkumpul ramai-ramai? Umpama 'reunion' secara tak lansung. 

Apabila dah berkumpul dan mengunjungi rumah orang dan menjadi tetamu ni, jangan lupa Adab Tetamu tau! Jom Niza highlights kan sedikit yang kita boleh praktik untuk jaga adab dan keharmonian bersama disamping mengeratkan silaturrahim semasa Hari Raya Open House.

1. Pakaian yang sesuai dan menutup aurat.

Apabila berkunjung ke rumah orang, pastikan kita memilih pakaian yang bersesuaian dengan majlis dan terpaling penting adalah menutup aurat. Aidilfitri masa untuk kita kembali kepada fitrah kan? Jangan lah di bulan puasa dah cantik dan sopan menututp aurat. Bila Raya tiba, kita kejarkan sangat 'trend' baju raya yang tak patuh syariah ya.


2. Berikan Salam dan Ucap Selamat



Jangan lupa berikan salam dan ucapkan selamat kepada tuan rumah apabila datang bertandang. Waktu raya ni, bukan sekadar open house sahaja yang kita kunjungi, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri perkahwinan, akikah, majlis tahlil dan sebagainya. Jumpa lah dengan tuan rumah terlebih dahulu sebaiknya.


3. Ambil makanan berpada dan elakkan membazir

makanan rumah terbuka


Apabila menghadiri kenduri atau rumah terbuka, sudah tentu terdapat pelbagai jenis dan aneka makanan yang membuat kita rambang mata kan? Ambil dan makanlah berpada-pada. Ambil serba sedikit makan dalam pinggan yang mampu kita habiskan. Hal ini juga bagi mengelakkan pembaziran sekiranya kita tak mampu nak habiskan makanan tadi sedangkan lebih ramai lagi tetamu lain yang belum makan dan menjamah menu yang disediakan.

4. Berbual dengan sopan dan elakkan topik sensitif

Berbuallah dengan sopan samada denagn tuan rumah atau sesama tetamu. Hindari persengketaan dan elakkan bertanya atau berbual tentang isu sensitif yang boleh mengguris hati orang tersebut.


5. Menjaga Kebersihan

Jagalah kebersihan tuan rumah seperti kita menjaga kebersihan rumah sendiri. Elakkan membuang sampah merata-rata. Buang sampah ke dalam tempat buang sampah yang disediakan. Jika makan di khemah, sebaiknya angkat dan alihkan sisa dan pinggan,mangkuk cawan yang kita gunakan sebelum beredar untuk memudahkan tetamu seterusnya menggunakan meja tersebut.

Cukup 5 ni dulu Niza share untuk kita amalkan bukan sahaja di musim perayaan tapi juga di lain waktu.

Haaa dah dapat jemputan, kita pun hadirkan diri pakej dengan adab yang baik ye. Selesai cerita beraya di kampung. Pulang ke sarang pulak cerita lain. 😆

Bagi Niza dan suami keduanya berasal dari Kedah, Alhamdulillah setiap kali Raya memang akan pulang ke Kedah. Biasanya akan pulang 2-3hari lebih awal sebelum raya . Jadi tak sempat lah nak beraya awal dengan sahabat handai di Negeri menetap. 

Sebaik saja selesai beraya dan berziarah di kampung, kita sambung beraya di rumah pulak. Pulang ke Ipoh, alhamdulillah tercapai hajat nak buat 'makan-makan' Open House Hari Raya dengan kawan-kawan terdekat. Sejak pindah ke Ipoh 2020, belum sempat buat makan-makan 'kenduri' di kediaman kecil kami since asyik PKP je kan. Tahun ni Allah bagi rezeki dapat berkumpul 'raya' dengan kenalan sahabat handai terdekat. 

Persiapan ala kadar saja, almaklum uruskan semuanya sendiri sehari lepas pulang dari kampung. Takde la juadah raya lemang ketupatnya. Semua dah kembali back on track kot ye lepas seminggu lebih beraya dengan ketupat lemang.


Nasi Ayam : Gambar sekadar hiasan yang Niza buat sebelum ni sebab gambar asal masa buat makan-makan tu tak sempat snap pun. busy betul tuan rumah 😆

Untuk makan-makan Raya kali ni, Niza sediakan 2 menu sahaja. Nasi Ayam dan Bihun goreng. simple kan? Yang penting alhamdulillah semoga dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga kawan-kawan yang datang bertandang. Settle makan-makan, alhamdulillah ada lagi kawan-kawan yang datang nak beraya, menu seterusnya, Niza buat mi kari dan Serawa Durian pulak since ada stok Durian dalam freezer. 

2nd trip beraya : Mi Kari & Serawa Durian


Kuih Raya memang tak meriah tahun ni sebab memang takde tempah dan buat 1-2jenis yang paling mudah saja. Azam nak kurangkan manis-manis ya😁

Cukup dah manisan seminggu beraya di kampung. Pulang ke sarang, kita back to routine. 


Alhamdulillah.. cer share kisah raya korang tahun ni kat komen 💖


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Iftar sebelah family Niza di Sungai Petani. Family Potret sebelum raya la kiranya ><



#ProjekBlogMega

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

Post a Comment

0 Comments