Motivasi Kehidupan & Kejayaan

 Motivasi Hidup untuk Berjaya

Kata-kata Motivasi

Apabila bercakap soal motivasi, seingat Niza pernah bercita-cita menjadi Pakar Motivasi semasa zaman remaja dulu. Dengar macam kelakar kan? Tapi itulah kebenarannya 😂 Sewaktu di Sekolah Rendah, suka betul Niza hadir Kem Motivasi yang di anjurkan. Terutamanya untuk Pengawas sekolah ataupun dekat dengan musim peperiksaan besar (UPSR). 

Meningkat remaja, Niza mula suka membaca buku motivasi. Seingat Niza juga waktu bersekolah di Sabah, kerap Niza meminjam buku di perpustakaan awam. Penulis kegemaran Niza waktu tu ialah Dr HM. Tuah. Penulisan santai beliau buat Niza leka betul membaca. Walaupun santai, sarat dengan mesej yang cukup mudah untuk di fahami terutama golongan remaja macam Niza masa tu lah. 

Bila menjejak dewasa, kita mula nak explore dunia, mula merasakan ujian-ujian hidup yang datang dan pergi. Semakin meningkat usia, semakin berat ujian sesuai 'kapasiti' kita. Tiada manusia yang tidak pernah di uji kan?

Apakah perkara pertama yang kita lakukan saat di uji atau di duga dalam kehidupan?

Niza yakin, setiap dari kita ada 'comfort words' yang menjadi motivasi untuk terus kuat. Niza sendiri suka tampal kata-kata motivasi di depan work station, jadikan wallpaper handphone, laptop dan seumpamanya. Tujuannya apa? 

Supaya saat merasa lelah dan lemah, ada comfort word yang menguatkan kita untuk terus berjuang. Bagi yang Muslim, ada sebuah 'buku motivasi' terhebat yang kita ada. Tentunya Al-Quran. Motivasi dari Quran bagi Niza paling mujarab untuk meredakan lelah dunia. 


Kata-kata Motivasi dari Quran

Sebahagian Motivasi dari Al-quran kegemaran Niza:
1. "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." -(Surah Al-Insyirah: 5-6)

 

2. "Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." -(SurahAt-Talaq: 4)

 

3. "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman" - (Surah Ali Imran : 139)


4. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." -(Surah Al-Baqarah : 286)


5. "..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." -(Surah Al-Baqarah : 216)


6. "Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan salat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." -(Surah Al-Baqarah: 153)


7. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." -(Surah Ar Rad:11)


Banyak lagi Motivasi dari al-Quran yang boleh kita dapatkan untuk dijadikan pedoman hidup dan jalan menuju kejayaan. Bacalah. Fahami dan sama-sama kita amalkan isi kandungan nya saat susah mahupun senang. 

Dalam menelusuri kehidupan jatuh dan bangun juga, banyak jugak Kata Motivasi dan kata-kata hikmah dari tokoh dan gologan bijak pandai yang boleh kita gunakan buat menyuntik semangat sepanjang perjalanan menapak jalan kejayaan.

Kata-kata motivasi


Almaklum kita manusia yang ada pasang surutnya. Adakala bersemangat untuk melakukan sesuatu. Adakala, langsung tak ada mood nak buat apa-apa. Namun, perjuangan kehidupan tak akan pernah kesudahan. Jika kita lambat, berlengah-lengah dan terus leka dengan 'lemahnya semangat', maka masa akan terus meninggalkan kita. 


Kata-kata Motivasi


Jadi, apa nak buat? Belajarlah dari para ilmuwan dan tokoh-tokoh yang dah berjaya. Kata-kata mereka kadang mampu menyuntik semangat kita. Kerana setiap yang berjaya, tentu pernah merasai gagal. Hikmah dan pelajaran itulah yang hendak kita pinjam buat pemangkin kita untuk terus bergerak. 


kata-kata motivasi

Buat kamu yang membaca. Siapa pun kamu, di mana pun kamu berada, sentiasa ingat ;

When You Feel Like Quitting, Remember WHY you STARTED



Salam Sayang,

Niza Ahmad


#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023 

Post a Comment

0 Comments