Gelombang Cuaca Panas di Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca panas terik di Malaysia. Sejak beberapa hari lepas memang cuaca panas lain macam. Memang setiap tahun pun ada musim cuaca panas. Almaklum kita di Malaysia ni iklim Khatulisitiwa. Tapi, kepanasan semenjak dua menjak ni memang tak boleh di bawa berbincang ye. SubhanAllah.
Niza sendiri kat rumah ni, tak cukup kipas siling tambah lagi 2 kipas stand untuk 'survive' dalam rumah. Tapi tetap jugak berpeluh nya bukan alang-alang macam marathon 😆Hinggakan selepas 3 tahun survive tanpa aircond di rumah, tahun ni memang surrender betul. Malam nya pun tak lena tidur dibuatnya. Biasa tengah malam bawa ke pagi dah mula sejuk angin luar bawa masuk ke bilik tidur. Beza kebelakangan ni, bawa ke pagi panasnya sampaikan bangun tidur pun berpeluh.
Terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh dipengaruhi oleh cuaca panas seperti :
1. Heat Exhaustion (Kelesuan Haba)
2. Heat Syncope (Sinkop Haba) - Pengsan disebabkan panas melampau
3. Heat Cramp (Kekejangan Haba)
4. Heat Stroke (Strok Haba)
Sehinggakan setakat 12/5/2023, pihak KKM telah merekodkan 14 Kes Strok Haba yang berlaku akibat cuaca terik ini. Di Sabah pula setakat semalam, merekodkan 3 kes Strok Haba yang berlaku.
Di kala musim panas sanga terik sekarang, sangat penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dari terjebak dengan bahaya akibat panas berterusan ini.
Tips Kekal Sihat di Musim Panas
1. Banyakkan minum air kosong (Sekurangnya 8 gelas sehari)
Badan mudah dehidrasi semasa cuaca panas. Pastikan anda minum air kosong banyak untuk mengekalkan hidrasi badan.
2. Hadkan Aktiviti Luar Rumah/Bangunan
Semasa cuaca panas terik ini, pastikan anda dan keluarga anda untuk selalu berada dalam rumah/bangunan jika tiada keperluan untuk berada di luar. Ini untuk mengelakkan anda terdedah kepada terik panas nya matahari.
3. Pakai Pakaian yang bersesuaian
Pilih pakaian yang sesuai di musim panas ini. Pilih pakaian dari fabrik yang sejuk dan elakkan pakaian yang tidak menyerap peluh serta bewarna gelap (menyerap haba). Gunakan payung atau topi jika keluar rumah untuk mengelak terkena terus terik matahari.
4. Kerap Mandi
Kerap mandi untuk menyejukkan badan anda. Gunakan ais jika perlu (air terlalu panas)
5. Kurangkan / Elakkan minuman manis, berkafein atau beralkohol
Minum air banyak ketika cuaca panas sangat bagus, tapi pastikan air kosong dan bukan air manis atau berkafein. Ini kerana minuman ini akan menyebabkan anda kerap membuang air kecil dan sekaligus menjadikan badan anda kurang air.
6. Elakkan bersenam dalam cuaca panas
Elakkan bersenam di luar rumah atau luar bangunan. Gunakan treadmill untuk berjogging dalam rumah atau pergi gym untuk bersenam.
7. Gunakan Pelindung Matahari
Gunakan pelindung matahari (sunscreen) untuk mengelakkan kulit anda terdedah kepada sinaran UV dan panas matahari terutamanya yang mempunyai spf 30 dan ke atas.
8. Elakkan memakai make-up tebal
Untuk wanita, elakkan memakai make-up tebal dan alat kosmetik yang menyekat aliran peluh dan menjadikan kulit anda panas.
Bagi memastikan badan sentiasa hidrat, anda perlu peka dengan tanda-tanda yang diberi tubuh anada sama ada anda kekurangan air atau kekurangan garam (sodium).
Minuman Isotonik Tanpa Pengawet, Tidak Bergas, dan mengekalkan hidrasi Pilihan Ramai
Pastikan kekal sihat dan cergas semasa cuaca panas ni ya!
Klik Gambar di bawah untuk berhubung dengan Niza.
0 Comments