Vitamin Percuma dengan Cash Rebate!
Zaman sekarang, ramai dah mula timbul kesedaran untuk consume Vitamin secara konsisten kan? Tambah lagi sekarang ni pemakanan kita tak se'sempurna' makanan zaman nenek moyang kita yang boleh di katakan 99.99% selamat dan semulajadi. Jadi, tak hairan orang dulu-dulu jarang jatuh sakit dan sokmo awet muda je. Beza sangat dengan zaman kita sekarang.
Bila sembang tentang Vitamin, banyak sangat Vitamin yang kita boleh pilih di pasaran sekarang. Cuma bezanya efektif atau tidak, dan mana yang lebih baik? Macam mana nak pilih Vitamin yang terbaik, Niza taknak story dalam entry kali ni. Boleh baca cara pilih Vitamin terbaik di post Niza sebelum ni.
Apabila kita decide untuk pilih yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga, tentulah perlu kita keluarkan 'modal' sebagai 'investment' kesihatan jangka masa panjang kan? Kebiasaanya Vitamin yang dari sumber organik, semulajadi agak 'mahal' sesuai dengan kualiti yang Syarikat pembekal provide kan? Proses menyediakan Vitamin yang terbaik memang akan memakan kos yang tinggi. Sebab tu lah harga Vitamin-vitamin ni di pasaran agak Pricy.
Jadi, kali ni Niza nak share macam mana nak dapatkan atau kita boleh makan Vitamin Percuma setiap bulan. Pendek kata, kita tak perlu keluarkan modal sendiri untuk stok Vitamin keperluan diri dan Keluarga kita. Haaa macam mana tu?
Dalam Shaklee, pengguna akan dapat 2 keuntungan secara asasnya jika mendaftar sebagai Ahli. Kalau dulu-dulu pendaftaran keahlian bernilai RM65 semasa zaman Niza daftar dulu (2013) atau dapatkan keahlian percuma dengan pembeliaan 200UV (+/- RM650). Tapi sekarang, dah murah, hanya dengan RM35 dah boleh jadi ahli atau dapatkan keahlian percuma dengan promosi bulanan yang sangat tak masuk akal atau pembelian bernilai 100 UV (+/-RM350).
Dengan menjadi ahli, pengguna akan dapat beli Vitamin dengan harga lebih murah(diskaun 15%-30%) berbanding harga pasaran.
Perbezaan Harga Ahli dan harga Pasaran |
Kedua, sebagai ahli juga berpeluang mendapat Cash Rebate melalui pembelian! Wooww macam mana tu? Ha, setiap pembelian produk-produk Shaklee mempunyai nilai point atau dipanggil UV (unit Volume) yang berbeza bagi setiap produk bergantung kepada harga produk tersebut. Setiap UV ni akan diambil kira dan terkumpul untuk bulan yang sama untuk melayakkan dapat Cash Rebate.
Seperti jadual di atas, dapat kita lihat anggaran belian sebulan dan berapa pulangan yang bakal kita dapat. Cash Rebate ini tidak perlu di'claim' tau kerana Shaklee sendiri akan Cash in ke dalam akaun kita setiap 14hb. Mudah sangat kan!
0 Comments