Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Vitamin Kulit Cantik Pada Harga Rahmah!


set kulit cantik




Kulit yang cantik, halus, mulus tentu menjadi idaman setiap wanita. Bahkan zaman sekarang, lelaki juga turut menjaga penampilan dan berusaha menjaga kulit. Peredaran zaman menjadikan pemakanan, gaya hidup kita tidak seperti zaman dahulu kala yang banyak makanan dari sumber semuladi, ulam-ulaman, kurang makanan segera. Berbeza dengan zaman sekarang. Disebabkan itulah, penting untuk kita menjaga pemakanan dan mengambil vitamin dari sumber semulajadi untuk mencukupkan nutrisi yang diperlukan badan terutama kulit untuk Kulit yang lebih sihat dan cantik.

Bila di tanya tentang Vitamin apa yang sesuai untuk Kulit Cantik, tentu Niza akan cadangkan 3 produk Shaklee yang sangat laris dan memberi impak besar pada Niza iaitu:

1. Energizing Soy Protein (ESP)

2. Sustained Released Vita-C

3. Collagen Powder


Set Kulit Cantik


Buat Niza yang pernah ada pengalaman Kemalangan motosikal pada penghujung tahun 2013, memang sangat ngeri kalau dikenang semula kisah malam tu. Alhamdulilllah melalui pengalaman ini lah Niza jatuh cinta untuk terus sebarkan kebaikan produk Shaklee sebab Niza adalah  pengguna yang berjaya dapat kesan di idamkan dan I'm passionate untuk bantu orang lain yang ada masalah seperti Niza.

Set Cantik Shaklee
Gambar 2-3 hari selepas kemalangan

Pengalaman kemalangan tu, muka Niza terseret sepanjang 3 meter pada jalan tar yang meninggalkan parut separuh muka dan perlu dijahit 6jarum di kening, 3 jarum di dagu. Sehingga kini, alhamdulillah hanya parut di tangan (parut kekal, tumbuh isi baru) dan kening terbelah saja kesan peninggalan eksiden tu. Muka Niza alhamdulillah, dari berparut dasyat, sekarang lebih baik.


Set kulit cantik Shaklee
Gambar seminggu selepas kemalangan. Luka mulai kering dan kulit baru mula tumbuh


Bagaimana 3 Vitamin ini membantu dalam mencantikkan kulit?

1. Energizing Soy Protein (ESP)

- Protein ESP diperbuat dari Sumber Soya non-GMO yang mana Soya mengandungi sejenis bahan isoflavon yang dipanggil sebagai 'saglycones' yang dapat membantu dalam memperbaiki penuaan kulit termasuklah mengurangkan garis-garis halus kedutan pada wajah.

- Protein merupakan asas binaan sel tubuh dan sangat penting untuk pertumbuhan sel kulit baru. Tahukah anda? Sel manusia sentiasa diperbaharui setiap 30 hari. Namun, semakin meningkat usia, pembaharuan sel semakin lambat. Dengan mengambil sumber protein yang baik, menjadikan sel mendapat 'makanan' yang baik dan cukup untuk pembaharuan sel yang sihat dan cantik.

- Protein ESP juga mengandungi Amino asid yang penting untuk melindungi kulit dari bahaya sinaran UV. Kulit merupakan anggota badan yang banyak terdedah kepada sinaran UV yang merosakkan kulit. Pengambilan sumber Protein yang lengkap amino asid sangat membantu dalam melambatkan penuaan dan membentul sel kulit baru yang halus, lembut dan anjal.

- Protein menyokong proses sintesis kolagen yang mana kolagen mewakili protein yang paling banyak dalam tubuh manusia dan kolagen memastikan kulit tegang dan anjal.


2. Vitamin C

- Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang tinggi yang membantu melambatkan penuaan dan melindungi kulit dari 'sunburn'  dan sinaran UV serta pencemaran persekitaran seperti radikal bebas yang merosakkan kulit

- Vitamin C membantu mencerahkan kulit dengan menghalang melanosit (sel yang menghasilkan warna gelap pada kulit)

- Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen
- Vitamin C membantu mengatasi masalah keradangan kulit seperti jerawat, psoriasis termasuklah gejala-gejalanya seperti gatal, kulit kering dan mengelupas. Tidak hairanlah pengambilan Vitamin C sangat membantu mengecutkan jerawat.
- Vitamin C mencegah risiko kanser kulit yang disebabkan oleh kekerapan terdedah kepada sinaran UV merbahaya.



3. Kolagen

- Kolagen membantu menegang dan menganjalkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan dan garis halus pada kulit.
- Kolagen membantu mengurangkan selulit yang terdapat pada kulit akibat dari 'kegemukan' yang terjadi secara mendadak. 
- Pengambilan Kolagen dapat membantu menguatkan pembuluh darah sekaligus melancarkan peredaran darah ke Kulit
- Kolagen juga membantu menyembuhkan luka
- Kolagen membantu melembapkan kulit dan menjadikan kulit lembut apabila disentuh.
- Kolagen juga membantu memudarkan parut pada kulit wajah


3 Vitamin yang Niza ambil selepasa kemalangan sangat membantu mengeringkan luka dan mempercepatkan proses pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat. Hanya 3 minggu, luka kemalangan sudah kering dan sel kulit baru sudah tumbuh sepenuhnya.

Promosi Harga Rahmah

Sejak diperkenalkan inisiatif Menu Rahmah pada 31 Januari 2023 lepas, ramai dan banyak pihak yang tidak ketinggalan menawarkan menu dan Set Rahmah untuk jenama mereka. Buka sekadar makanan, Pakaian pun ada! Mydin pun dah mula jualkan Baju Raya Rahmah ya. Dahsyat penangan inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini disambut baik oleh ramai pihak untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang kian melonjak naik sekarang.

Jika Mac lepas rakyat Malaysia beramai-ramai sibuk membuat persiapan menyambut Ramadan, Shaklee bawakan Promosi Set Puasa bagi meraikan umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan berpuasa penuh bertenaga. 

April pula ramai sibuk membuat persiapan Raya. Tentu ramai yang nak cantik-cantik di pagi raya nanti. Shaklee pun telah umumkan Promosi Set Kulit Cantik ini pada harga Rahmah!


Set Rahmah Shaklee

Jika sebelum ini, harga bagi setong ESP - RM139 (harga Ahli) & RM173 (bukan ahli). Harga bagi sebotol Vitamin C pula - RM92 (harga Ahli) & RM115 (bukan ahli).

Kali ini hanya dengan RM 99, anda boleh dapatkan keduanya ESP & Vitamin C! Dengar sungguh tak masuk akal, tapi itulah kenyataannya.  Seumpamanya anda beli Vitamin C dan dapat ESP dengan harga RM7 sahaja. MasyaAllah.

Promosi kali ini bukan lagi Durian Runtuh, tapi memang dengan dusun durian runtuh sekali😆walaupun belum bermusim lagi.

Di saat ramai sedang siapkan persiapan awal menyambut Syawal bakal tiba, on time sangat Set Rahmah ini muncul dan sangat diperlukan oleh mereka-meraka yang nak cantikss di pagi Raya. Gabungan ESP & Vitamin C ini memang tidak asing lagi dengan Set Cantik Asas dari Shaklee.

Dapatkan Set Kulit Cantik yang Niza amalkan untuk kesan yang sangat menakjubkan dan pantas :

set kulit cantik





Apa Kata Mereka yang Menggunakan Set Kulit Cantik Shaklee?










Dapatkan Vitamin Kulit Cantik Shaklee yang terbukti berkesan, selamat dan semulajadi dari Niza segera.  Klik gambar di bawah untuk wasap Niza.




#ProjekBlogMega
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023

Post a Comment

0 Comments