Bisnes Online Tanpa Modal Terbaik di Malaysia

Bisnes Online Terbaik Yang Menguntungkan Sesuai Untuk Semua Golongan

Bisnes Online Terbaik


Sejak PKP 1.0, banyak Perniagaan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) terjejas kerana Pandemik Covid-19. Hal ini sudah tentu melibatkan pekerja-pekerja dalam sektor ini yang terpaksa diberhentikan kerana syarikat tidak mampu untuk membayar mereka. Senario ini berbeza pula dengan mereka yang mengiklankan produk mereka atas talian (bisnes online).

PKP 1.0, menunjukkan meningkatnya bisnes online secara mendadak akibat dari kekangan rakyat untuk membeli barang keperluan di kedai fizikal. Peningkatan bisnes online secara mendadak ini hingga memberi kesan lambakan parcel di pusat-pusat kurier demi memenuhi pembelian para pembeli. 

Lambakan bisnes online ini tidak menghairankan sehingga kini. Namun, banyak bisnes online yang muncul ketika fasa kritikal Pandemik kini kian menyepi. Apa nasib para ejen yang menjadi bisnes Online ini sebagai sumber pendapatan mereka apabila bisnes dan produk mereka jual kian merudum?

Masalah Bisnes Online yang Semakin Merudum

Kenapa terdapat bisnes online yang sangat 'hype' ketika PKP,tapi kian merudum pasca PKP?

1. Menjual Produk Trending

Semasa PKP, ramai rakyat (pembeli) menghabiskan banyak masa di rumah. Tiada aktiviti atau perkara yang menarik untuk dilakukan selain menghabiskan masa dengan melayari internet. Apa-apa produk yang menjadi trending ketika itu seperti facemask, sanitizer dan seumpamanya sangat trending sehingga pelbagai jenis dan bentuk di niagakan dalam talian.
Apabila tiba pasca PKP, produk yang trending ini dan produk kurang diperlukan mula perlahan-lahan lesap dari pasaran.

2. Tiada Sistem Bisnes yang Kukuh

Banyak bisnes yang muncul baru-baru ini tidak mempunyai sistem yang kukuh dan ada sebahagiannya adalah masih dalam fasa 'eksperimen'. Maka apabila syarikat tidak mampu membayar ejen, bisnes akan mulai jatuh dengan larinya ejen-ejen yang mempromosikan produk mereka.

3. Melabur terlalu banyak pada Marketing sementara

Terdapat bisnes yang melabur terlalu banyak pada bahan marketing yang 'tidak kekal'. Ianya perlu sentiasa dilaburkan untuk menaikkan iklan produk atau bisnes. Jika produk atau bisnes mahu di iklan sepanjang 10 tahun, maka Syarikat perlu membayar selama 10 tahun kepada duta atau pihak pengiklanan.

4. Bayaran komisyen terlalu rendah kepada Ejen

Sebahagian syarikat atau bisnes menawarkan komisyen yang rendah untuk setiap produk yang dijual. Hal ini menyebabkan ejen akan melompat bisnes lain apabila ada peluang yang lebih cerah dan lumayan lagi menguntungkan.

5. Bisnes yang perlu mengeluarkan modal yang tinggi

Terdapat bisnes yang perlu mengeluarkan modal yang tinggi sehingga ada yang perlu membuat pinjaman untuk memulakan bisnes. Bisnes seperti sangat tinggi risiko di mana jika bisnes tidak berjalan dengan baik, sedangkan ianya menambah beban kepada ejen utnuk melunaskan hutang yang dibuat untuk mulakan bisnes ini.

6. Produk yang bermusim

Terdapat produk atau bisnes hanya muncul atau laris ketika musim tertentu sahaja. Sebagai contoh, bisnes biskut raya, baju raya da seumpamanya yang mempunyai 'demand' apabila tiba musim sahaja. Bisnes begini sukar untuk dikekalkan apabila diluar musim, menjadikan ejen-ejen yang menjual produk ini tidak mampu 'survive'.


Banyak bisnes online mempunyai masalah ini. Sedikit sebanyak ia memberi impak kepada para ejen yang menjadikan bisnes online sumber pendapatan utama atau kedua. Bisnes Online sangat mudah dijalankan kerana ianya sangat fleksible. Di mana pun anda berada, bisnes tetap berjalan seperti biasa. Tapi tidak semua bisnes online begini jika perlu menyimpan stok dan ianya menjejaskan perjalanan bisnes jika anda berada di luar kawasan. 

Zaman barangan keperluan serba serbi mahal ini, masih relevan tak kita masih bergantung harap pada satu punca pendapatan semata-mata?
Niza ingat lagi tahun 2020, setiap minggu berbelanja barang dapur untuk kami berdua (Niza dan suami) masih di bawah range RM100 untuk keperluan barang dapur dan kadang termasuk juga barang-barang yang tidak setiap minggu beli macam minyak masak 5 kg, beras, sabun mandi dan seumpamanya.

Tapi sekarang masuk 2023, kalau masih bawa cukup-cukup RM100 tentu-tentu tak cukup! Paling tidak sekarang tanpa barang-barang yang di topup jarang-jarang tu pun selalunya melebihi RM120.

Ramai orang kata, zaman sekarang perlu berjimat. Jimat adalah pilihan kita. Ada keluarga yang dah habis berjimat pun, masih kais pagi,makan pagi. Sedih sangat tengok anak kecil yang hanya diberikan susu pekat manis dibancuh dengan air kosong kerana tak mampu sediakan susu untuk anak. 

Belum lagi anak-anak yang pergi ke sekolah dengan perut kosong. Sungguh ramai terkesan dengan keadaan ekonomi hari ini. Jika kita tak cari jalan keluar kepada permasalahan kewangan ini, tentu huru hara hidup berkeluarga.

Ramai ibu-ibu terutamanya yang tidak mampu keluar bekerja kerana keadaan mendesak seperti kesihatan anak, bayaran pengasuh yang mahal, dan lain-lain masalah lagi. 

Zaman teknologi serba pantas sekarang, banyak bisnes Online yang menjadi pilihan. Tapi Bisnes Online yang bagaimana kita nak pilih?

Bisnes Online Terbaik di Malaysia

Bisnes yang kukuh adalah bisnes yang terbukti bertapak sekian lama dan tiada reputasi buruk tentang syarikat mahupun produk yang dikeluarkan. Tahukah Bisnes Shaklee di Malaysia telah bertapak sejak 1988, 2 tahun selepas pengasasnya Dr.Forest C Shaklee meninggal dunia. Sehingga kini (2023), sudah 35 tahun di Malaysia bahkan melebihi 100 tahun di dunia. 

Shaklee merupakan syarikat pelopor Vitamin No.1 Dunia. 

Shaklee 100 tahun
Sejak ditubuhkan, Shaklee adalah syarikat yang tidak pernah sekalipun gagal membayar Bonus kepada ejen pengedar nya. Bahkan telah banyak membantu meningkatkan kehidupan para pengedar produk Shaklee!

Kenapa Bisnes Shaklee adalah yang Terbaik dan Menguntungkan?

1. Bisnes yang sistematik

Bisnes Shaklee sangat mudah di urus. Semua hanya di hujung jari dengan sistem terbaik. Semua order, monitor bisnes semuanya sangat mudah dengan adanya sistem Shaklee. Bahkan anda boleh monitor bonus performance anda secara real-time yang sentiasa di update setiap hari.

Sistem shaklee
Sistem Shaklee yang sangat mudah di akses di mana sahaja.






Bonus Performance yang sentiasa di update setiap hari


2. 9 Jenis Bonus selain Komisyen Jualan

9 Jenis Bonus Shaklee
Lebih 9 Jenis Bonus yang boleh anda dapatkan dengan Bisnes Shaklee


Niza pernah berbual dengan seorang rakan yang menjadi ejen bisnes pakaian. Komisyen yang diterima hanyalah RM5 bagi satu pasang pakaian yang dijual. Beruntungnya para pengedar Shaklee kerana kami dibayar sehingga 25% komisyen (untung runcit) dari harga jualan produk! Selain itu, pengedar Shaklee juga menerima bonus dan insentif seperti dalam penyata bonus di atas berdasarkan kelayakan masin-masing.

3. Bonus Kereta

Jika setengah bisnes menghadiahkan kereta kepada ejen nya, berbeza dengan Shaklee. Shaklee bayarkan kereta yang anda idamkan dengan bonus kereta! Anda boleh pilih kereta idaman anda, dan bayar guna bonus kereta Shaklee. Best kan?

Ada yang bertanya Niza, macam mana kalau kita tak nak beli kereta? Jika anda tak minat untuk beli kereta, tetaplah bonus kereta itu tetap Shaklee bayar kepada anda. Bonus ini  boleh disimpan dalam tabung travel, tabung pendidikan anak-anak atau seumpamanya. Yang penting, sekali anda layak bonus kereta, sama ada anda beli kereta atau tidak, the bonus is totally yours!

4. Peluang Travel Percuma

Travel Shaklee
Incentive Trip Shaklee untuk tahun 2023

Peluang travel bersama Shaklee sangat mengujakan kerana ianya PERCUMA SEPENUHNYA! Anda hanya perlu siapkan diri dan bawa pakaian sahaja. 
Semua urusan penginapan, lawatan, kenderaan, tiket penerbangan, makan dan minum serta duit poket Shaklee sediakan!

Lagi menarik, anda boleh bawa pasangan, anak-anak, ibu bapa atau mertua untuk menyertai trip lawatan ini. Lagi banyak tiket yang anda layak, lagi ramai yang boleh anda bawa. 

Malah, selain peluang travel yang Shaklee bawakan berbeza setiap tahun, untuk pengedar muslim, anda boleh memilih untuk pergi trip yang disediakan atau ke umrah. Bahkan anda boleh pergi keduanya jika layak!
MasyaAllah. Seronok sangat bisnes enviroment yang sangat family and muslim friendly ni.

5. Surirumah mampu beli rumah dengan Payslip Shaklee

Jika anda seorang surirumah, kini anda juga berpeluang untuk memiliki aset seperti rumah, kereta dan seumpamanya dengan Payslip Shaklee.
Ya, Payslip Shaklee sangat laku di bank. Ramai yang dah berjaya memiliki aset seperti rumah hanya dengan bisnes Shaklee. 

Beli Rumah dengan Shaklee

Dengan bisnes Shaklee, Surirumah juga mampu 'berkerjaya' hanya dari rumah. Inilah Bisnes Online Idaman Ramai kan?

6. Zero Modal & Rendah Risiko

Kebanyakan bisnes memerlukan modal permulaan untuk mula berbisnes. Apa yang ditakutkan adalah apabila modal yang kita keluarkan tinggi, tapi produk tak mampu dijual. Berbeza dengan Shaklee, modal nya hanya lah diri anda!

Shaklee tidak membayar artis untuk menjadi duta produk kerana Shaklee melabur kepada para pengedar nya, Kerana itulah, bisnes Shaklee sangat lumayan, Modal yang diperlukan hanyalah dengan diri anda!

Niza mulakan bisnes Shaklee hanya dengan daftar ahli sahaja. Tiada modal di tangan untuk simpan stok yang banyak. Niza menggunakan produk Shaklee secara konsisten dan dapat kesan yang sangat menggembirakan. Melalui itulah, pelanggan datang bertanya tentang produk Shaklee. 

Menggunakan konsep Dropship, 
- Pelanggan order melalui anda dan bayar
- Anda submit order di sistem
- Pihak Shaklee pos kan produk kepada customer'

Sangat mudah kan? Ianya sangat rendah bahkan tiada risiko kerugian.

7. Produk yang sentiasa In-Demand

Seperti umum tahu, Shaklee adalah syarikat yang mengeluarkan produk suplemen, nutrisi, skincare dan homecare yang sentiasa diperlukan oleh pengguna dan tidak bermusim.

Suplemen dan nutrisi adalah keperluan untuk memelihara kesihatan berpanjangan. Berbeza dengan ubat yang diperlukan ketika kita sakit. Tapi suplemen kita perlukan ketika sihat juga ketika kita sakit.

Skincare dan Homecare juga sentiasa digunakan dalam kehidupan harian kita. Alangkah seronoknya, membeli, menggunakan produk Shaklee dan dibayar setiap bulan!


Mari lakarkan kejayaan anda bersama Bisnes Online Shaklee bersama Niza dan Team!

Klik gambar untuk wasap Niza hari ini.


#ProjekBlogMega
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023

Post a Comment

1 Comments

Azlin said…
Wow bagus betul bisnes ni