9 Tips Kurus Cepat Dan Berkesan Tanpa Perlu Bersenam

Tips Kurus Cepat Dan Berkesan Tanpa Perlu Bersenam

Tips Kurus Cepat

Rakyat Malaysia sangat femes dengan produk kurus. Ramai yang mulai ada kesedaran untuk kurus memandangkan Malaysia adalah negara no 1 paling Obese di Asia Tenggara. Menakutkan kan? Manakan tidak, Malaysia memang 'syurga' makanan. Yang manis, yang berperisa, kaya dengan Cheese dan sebagainya. 


Berdasarkan kajian yang dibuat oleh World Obesity Atlas, bilangan rakyat Obese di Malaysia menunjukkan trend menaik setiap tahun.

Carta Obese Dunia



Tidak hairan lah, ramai yang mencari-cari cara untuk turunkan berat badan dengan cepat. Sangat menjadi cabaran untuk kurus bagi ramai orang adalah perlu bersenam kan? Tambah lagi jika kita ni sejenis selalu sibuk dan tidak sempat nak luangkan masa untuk bersenam. 

Jom Niza kongsi kan Tips dan Cara untuk Kurus dengan cepat dan berkesan tanpa perlu bersenam.


Tips Kurus dengan Cepat dan Berkesan

1. Cut Sugar

Cut Sugar atau kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Pasti sukar bagi kita jika kita seorang penggemar manisan atau dessert. Sebenarnya, gula berlebihan boleh menjadi 'racun' kepada badan kita. Gula berlebihan juga menyebabkan kita semakin 'craving' makanan dan minuman yang manis. Jika tak mampu buang terus gula, ada baiknya kita kurangkan kuantiti dalam makanan dan minuman seharian ataupun gantikan dengan pemanis alternatif seperti Stevia atau Sucralose. 

2. Elakkan Makan Selepas Jam7 Malam

Jika sebelum ini, kita gemar makan malam atau lewat malam, mulai hari ini jom tukar rutin untuk makan malam lebih awal. Sebaiknya sebelum jam7 malam. Paling lewat, sebelum jam8 malam. Ini kerana badan kita mengambil masa sekurangnya 4jam untuk menghadam makanan yang kita makan. Jika kita makan kurang 4 jam sebelum tidur, kalori dan tenaga yang kita dapat dari makanan tadi akan ditukarkan jadi lemak kerana kita tidak menggunakan tenaga yang banyak pada waktu malam terutama ketika waktu tidur. 

Selain itu, makanan yang tidak di hadam dengan baik ketika kita tidur akan menyebabkan sembelit dan masalah pencernaan.

3. Amalkan Teh Hijau atau Teh Diet

Mengamalkan Teh Hijau sangat bagus untuk diet kerana Teh Hijau mengandungi tinggi antioksidan yang bagus untuk tubuh dan juga mempunyai kandungan Kafein yang membantu meningkatkan metabolisme badan. Namun, kandungan kafein yang tinggi juga tidak bagus untuk tubuh untuk tempoh jangka masa panjang. Jika anda mengamalkan teh hijau setiap hari, banyakkan minum air kosong dan hindari minuman berkafein yang lain. 

Sebagai alternatif lain, anda juga boleh mengambil teh diet seperti Cinch Tea yang mengandungi Taurina yang menggantikan kafein dalam membantu meningkatkan kecergasan dan metabolisme badan. Kandungan Taurina lebih baik berbanding Kafein kerana kafein boleh menyebabkan badan dehidrasi.

4. Banyakkan Minum Air Kosong

Air Kosong yang cukup sangat penting untuk memudahkan proses dalam tubuh. Air kosong yang cukup juga mampu 'mengekang' rasa lapar. Terkadang, kita mudah terasa lapar oleh signal yang dihantar oleh otak yang sebenarnya signal ini memberi tanda bahawa badan kekurangan air. Jika anda ingin kurus dengan cepat, amalkan petua ini. Jika Rasa lapar, minum air kosong segelas terlebih dahulu. Jika anda masih rasa lapar, barulah bererti anda benar-benar lapar dan bukan memerlukan air. 

Bagaimana nak tahu bahawa air yang kita minum itu mencukupi? Secara umum, ramai yang menganjurkan minum air sebanyak 8 gelas sehari. Kecukupan air bagi setiap individu sebenarnya berbeza bergantung dengan aktiviti fizikal dan juga berat badan. Seorang individu memerlukan 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan. Misalnya, berat anda adalah 75kg, maka anda memerlukan lebih kurang 3 liter air sehari.


5. Amalkan Pinggan Suku-suku Separuh

Pinggan suku suku separuh
Pinggan Suku-suku Separuh yang di anjurkan oleh KKM

Pernahkah anda mendengar tentang Diet Suku Suku Separuh? Diet ini ternyata berkesan untuk anda yang ingin kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar. Amalkan diet seimbang seperti suku karbo, suku protein dan separuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Pinggan suku-suku separuh ini sangat membantu untuk kita kenyang lebih lama kerana mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat serta rendah kalori. Selain itu, karbo dan protein yang sederhana bantu melengkapi untuk memberi tenaga untuk tubuh.



6. Kurangkan Makanan Proses atau Makanan Segera

Makanan proses sangat tinggi bahan pengawet, pewarna dan pemanis yang tidak bagus untuk kesihatan serta menjejaskan diet bagi anda yang ingin kurus. Ini kerana bahan-bahan tambahan ini akan menjadi toksin dalam tubuh dan menyekat penyerapan nutrisi yang optimum untuk tubuh. Disebabkan itu, kita disarankan untuk melakukan detox secara berkala untu 'reset' badan sebelum memulakan diet.

Makanan Proses dan makanan segera ini juga sangat tinggi kalori dan rendah nutrisi. Ianya hanya akan menjadikan anda lebih lapar dan craving untuk makan lebih lagi kerana makanan-makanan ini tidak mengenyangkan dan meningkatkan kadar gula dalam darah. 

7. Pengambilan Protein

Pengambilan protein dalam diet dan pemakanan sangat penting. Terlebih penting untuk mereka yang ingin kuruskan badan dengan cepat. Protein sangat penting untuk mengekalkan otot dan membina otot tubuh. Otot ini pula memainkan peranan penting untuk meningkatkan metabolisme badan untuk pembakaran lemak dan kalori yang sangat bagus.

Protein juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan efek menggeleber apabila berat badan mulai turun. Protein ini membantu menjadikan badan lebih fit dan slim. Malah, Protein juga memainkan peranan penting dalam mengawal hormon Leptin dan Ghrelin yang mengawal rasa kenyang dan lapar.


8. Mengambil Asam Lemak Omega-3 (Omega-3 Fatty Acid)

Pengambilan Omega-3 bukan sekadar bagus untuk minda, tetapi Omega-3 juga penting dalam meransang penghasilan hormon Leptin yang memberi signal kenyang kepada tubuh sekaligus mengurangkan rasa lapar dan craving. Omega-3 juga penting dalam membakar lemak dan meningkatkan metabolisme badan. 

Omega-3 juga meningkatkan kepekaan insulin tubuh sekaligus memelihara kadar gula dalam darah yang stabil selain mengawal paras kolestrol tubuh.

9. Set Kurus Shaklee

Setelah mengamalkan kesemua tips di atas, pengambilan suplemen yang betul juga mampu membantu menjadi 'booster' untuk anda kuruskan badan dengan cepat dan berkesan. Ini kerana Set Kurus Shaklee Lengkap dengan Nutrisi, Protein dan Vitamin yang diperlukan badan untuk anda menurunkan berat badan.

Set Kurus yang dianjurkan oleh Shaklee menggunakan Konsep Bakar-Buang-Bina.

Bakar adalah untuk proses pembakaran lemak dan kalori dalam tubuh supaya mudah disingkirkan (Buang) melalui proses Detox. Seterusnya, Bina adalah untuk pembinaan otot yang pejal untuk efek kurus dan tidak menggeleber serta fasa 'maintain' berat badan yang ideal.

Set Kurus Shaklee
Set Kurus untuk Bakar



Set Kurus Shaklee
Set Kurus untuk Detox

Set Kurus shaklee
Set Kurus untuk memelihara dan pembentukan otot. Juga dijadikan sebagai pengganti makanan yang lebih rendah kalori


Set Kurus Shaklee
Set Kurus Lengkap yang merangkumi semua konsep Bakar, Buang , Bina disertakan dengan Cinch Tea dan Vivix yang sangat tinggi antioksidan dan mengawal rasa lapar ketika berdiet.



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Dapatkan konsultansi lanjut dan cara pemakanan secara percuma dari Niza.
Kilk Gambar di bawah untuk wasap Niza.



Post a Comment

1 Comments

Nila Anggraini said…
Bestnye set kurus shaklee. Thanks for info sahabat