7 Tips Puasa untuk Ibu Menyusu

7 Tips Puasa untuk Ibu Menyusu

Pejam celik, pejam celik dah tinggal berapa hari saja Ramadan 1444H bakal bertandang. Semestinya Bulan Ramadan Penghulu segala Bulan ini menjadi kerinduan ramai. Namun tak kurang jugak para Ibu yang merisaukan keadaan yang mungkin terjejas kerana menyusukan anak ketika berpuasa. 

Tak Perlu Risau! Jom Niza kongsikan beberapa Tips yang boleh di amalkan para Ibu supaya puasa lebih bertenaga dan cergas walaupun berpuasa. Paling penting, susu Ibu tak 'drop' walaupun tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama semasa berpuasa.


Tips Berpuasa untuk Ibu Menyusu



1. Minum Air yang Cukup

Pengambilan air yang cukup sangat penting kerana ia membantu proses organ dan sistem tubuh berfungsi dengan baik sekaligus memastikan sistem penghadaman, pencernaan dan penghasilan susu ibu berjalan lancar. Memang agak sukar untuk mencukupkan keperluan air (sekurang 2liter atau 8 gelas sehari) ketika berpuasa. 

Namun, ianya boleh dilakukan jika di rancang dan di amalkan dengan baik. Jom Niza kongsikan sedikit 'jadual' minum air ketika bulan puasa untuk mencukupkan kapasiti 8 gelas sehari. 

8 gelas sehari air ketika berpuasa


2. Ambil Protein & Karbohidrat Kompleks

Pengambilan makanan tinggi Protein sangat penting semasa sahur dan berbuka buat para ibu untuk mengelak 'Low Milk Supply' untuk menyusukan bayi anda. Makanan tinggi protein yang boleh di ambil semasa sahur & berbuka adalah seperti :
- Ikan
- Ayam
- Telur
- Kekacang (Sumber soya, badam)

Ibu juga digalakkan mengambil banyak karbohidrat kompleks seperti:
- Bijirin penuh (wholemeal)
- Kekacang
- Oat
- Sayuran Hijau
- Pasta

Makanan-makanan ini juga mempunyai glisemik Indeks yang rendah dan mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.


3. Lewatkan Sahur

Para ibu digalakkan melewatkan sahur sekitar 1jam sebelum waktu imsak untuk memastikan tenaga dari makanan digunakan sepenuhnya sewaktu berpuasa. Buat ibu yang mempunyai anak kecil, memang agak sukar dan terkejar-kejar untuk menyiapkan makanan sahur yang lengkap. 

Boleh juga menyiapkan makanan sahur malam sebelumnya seperti 'Overnight Oat', atau Susu badam, Susu Kurma. 

Hidangan sahur seperti sangat ringkas dan mudah di sediakan. Tambahan pula hidangan sahur seperti ini memang tinggi protein dan karbohidrat kompleks untuk membantu para ibu menyusu dengan baik sekaligus berpuasa dengan penuh tenaga.


4. Tukarkan kuih-muih kepada buah atau Snek Sihat

Jika kita seorang yang suka makan kuih-muih dan manisan ketika berbuka, boleh lah tukarkan makanan yang manis-manis tinggi hula ini kepada buah-buahan atau snek yang sihat.

Antara buah yang boleh di ambil menggantikan kuih :
- Tembikai
- Epal merah/Hijau
- Nanas
- Pir

Selain buah, boleh juga sediakan snek untuk kudapan seperti kekacang, kurma dan kismis. Selain dari mengawal nafsu makan, Para ibu juga boleh ambil kesempatan ini untuk menjaga berat badan tanpa menjejaskan penyusuan bayi.


5. Elakkan Makanan yang masin

Makanan yang tinggi garam (masin) sangat bahaya jika di ambil untuk jangka masa yang panjang. Ketika berpuasa, sangat penting untuk ibu mengelakkan dari ambil makanan yang masin terutamanya ketika sahur. Makanan yang masin akan menyerap bendalir dalam tubuh dan menjadikan badan mudah ter-dehidrasi seterusnya menyebabkan rasa haus.

Menurut Pakar Sakit Puan Dr. Che Hasnura menerusi The Malaysian Medical Gazette, untuk mengelakkan masalah ternyahidrasi, elakkan mengambil makanan tinggi Sodium seperit Mi Segera, Kentang Goreng, atau telur masin. Ini boleh menjadikan badan cepat letih & dahaga. 

6. Pam & Menyusu secara Konsisten

Lebih banyak bayi menyusu, lebih banyak ibunya menghasilkan susu. Ia dipanggil faktor ‘rangsangan hisapan’. 

Jika para ibu bekerja, ibu mesti tetap patuhi jadual mengepam seperti biasa supaya sentiasa ada demand terhadap susu ibu. 

Bila ada demand, adalah supply. Waktu yang paling sesuai untuk mengepam adalah pada ketika bersahur kerana kadar hormon prolaktin tinggi berbanding waktu lain.


7. Mengambil Suplemen

Pengambilan suplemen yang sesuai sangat membantu dalam penghasilan susu ibu. Selain itu, sesetengah suplemen juga mempengaruhi kepekatan susu ibu yang di hasilkan di samping membantu memberi kecergasan dan tenaga kepada ibu sepanjang berpuasa. 

Suplemen yang baik akan membantu dalam melengkapkan keperluan nutrisi untuk ibu menyusu ketika berpuasa.


set berpuasa ibu menyusu

Di Shaklee, sejak tahun demi tahun Set Puasa Shaklee sangat membantu para ibu berpuasa dengan bertenaga tanpa menjejaskan penghasilan susu ibu. 

Set Puasa Shaklee Lengkap dengan Energizing Soy Protein (ESP), Cinch Chocolate & Performance Drink Shaklee.


Akhir kata, Semoga Allah memberkati kita di Bulan Syaaban ini dan menyampaikan kita di Bulan Ramadan penuh barakah di samping kita membuat persiapan bertemu bulan mulia ini. 



Pengedar Shaklee Ipoh


Post a Comment

0 Comments