11 Sebab Kenapa Suplemen Shaklee Terbaik

 

 We make products that are gentle on the environment and never tests on animals. I will never create a product that will harm one tissue cell in the body. 

Dr. Forrest C. Shaklee
Founder, Shaklee Corporation
Dr. Forest Shaklee


Apabila berbicara tentang Suplemen, hari ini dah banyak sangat jenama suplemen yang timbul macam cendawan selepas hujan. Persoalannya, yang mana perlu kita pilih? Adakah semuanya selamat di ambil dalam jangka masa yang lama?

Sebelum menulis lanjut, perlu kita faham Suplemen ini adalah makanan tambahan yang kita ambil untuk menampung kelompongan nutrisi yang tidak cukup kita dapatkan dari pemakanan. Nutrisi lengkap penting untuk support kesihatan badan kita secara menyeluruh sekaligus memberi kesan positif untuk kesihatan dan kecantikan secara dalaman dan luaran. 

Jadi tidak hairan lah ramai yang mula mengambil suplemen sebagai booster untuk imun, bantu mengatasi masalah kesihatan sekian dan sekian, bantu mengawal selera makan dan seumpamanya. Suplemen bukanlah ubat untuk merawat sesuatu penyakit. Tetapi suplemen di ambil untuk bantu mengatasi masalah sakit dan menjaga kesihatan dari risiko sakit tersebut. Dalam erti kata lain, jika tubuh kita dapat nutrisi yang baik, yang cukup untuk keperluan tubuh badan, badan tetap akan sihat, cantik sepertimana kesannya seperti kita ambil suplemen yang baik.

Namun, untuk memdapakan nutrisi lengkap dari pemakanan harian hari ini agak mustahil kerana pelbagai Cabaran yang kita hadapi seperti :

1. Tidak cukup masa untuk menyediakan makanan sendiri

2. Banyak makanan dan restauran makanan ringan / makanan segera

3. Banyak makanan-makanan viral dan hipster yang mengandungi bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan.


Selain dari cabaran ini, buat golongan yang sangat menjaga pemakanan dan hampir setiap hari memasak sendiri dengan pemakanan lengkap protein, sayuran dan buah-buah juga menghadapi Cabaran tersendiri untuk mendapatkan nutrisi lengkap dari pemakanan seperti :

1. Penyimpanan, pengangkutan bahan mentah telah mengurangi nutrisi dari bahan tersebut.

2. Cara penyediaan atau memasak jugak mempengaruhi berkurangnya nutrisi dari bahan tersebut.

3. Racun serangga yang digunakan semasa penanaman sayur/buah juga mengurangi nutrisi asal.

4. Genetically Modified Organism (GMO) yang merencatkan keaslian tumbuhan atau haiwan yang kita makan.


Setelah mengetahui cabaran-cabaran yang kita hadapi hari ini, tentu kita memikirkan betapa pentingnya mengambil Suplemen untuk menampung Kelompongan nutrisi yang kita hadapi hari ini kan?

Setelah itu, perlulah kita mengambil kira jenama mana yang perlu jadi pilihan selamat, terbukti dan berkesan sekaligus menjadi Suplemen Terbaik untuk kita ambil?


Sejak 2013 hingga kini, Niza memilih Shaklee sebagai satu brand yang menjadi pilihan Niza dan keluarga.


11 Sebab Kenapa Perlu Pilih Shaklee

1. Jaminan Kualiti & Keberkesanan


Why Choose Shaklee


Walaupun Shaklee adalah Syarikat yang mengeluarkan Suplemen dan menjalani ujian klinikal tidak menjadi satu keperluan, tetapi Shaklee tetap menjalani Ujian Klinikal bagi memastikan keberkesanan dan keterjaminan kualiti produk yang di keluarkan.

Boleh lawati Healthresource.shaklee.com untuk rujukan ujian-ujian Klinikal yang telah dijalankan oleh Shaklee.


2. Beyond Organic


Why Choose Shaklee

United States Pharmacopeia telah menggariskan untuk sesuatu syarikat yang ingin mengeluarkan produk suplemen atau ubatan untuk menjalani sekurangnya 70+ ujian racun perosak. Tetapi di pihak Shaklee,sebanyak 300+ ujian racun perosak telah dijalankan bagi memastikan produk Shaklee benar-benar selamat untuk di ambil.


3. Keselamatan & Ketulenan terjamin


Why Choose Shaklee


Shaklee menjalankan lebih 350 saringan bahan pncemaran dan bahan kimia ke atas setiap bahan botani yang digunakan untuk menghasilkan produknya. 

Pernah terjadi Shaklee menolak (reject) Alfalfa dari sebuah ladang pembekal kerana terdapat 'sisa' bahan kimia yang tidak sepatutnya ada pada alfalfa tersebut. Hakikat yang terjadi adalah ladang tersebut tidak menggunakan bahan kimia atas tanaman mereka, tetapi terjadi ribut di kawasan berdekatan yang membawa 'sisa' bahan kimia tersebut ke ladang alfalfa itu. Apabila mengetahui perkara itu, ramai pihak dari syarikat lain berebut untuk beli Alfalfa dari pembekal tersebut setelah mengetahui Shaklee menolak bahan tersebut kerana mereka tahu Standard yang ditetapkan Shaklee sangat tinggi. 


4. Bebas GMO

Why  Choose Shaklee

Kesemua produk Shaklee adalah bebas GMO (non-GMO) yang disahkan oleh Program Pengekalan Identiti (Identity Preservation Programme,IPP). IPP ini adalah satu badan yang menjalankan ujian dan kawalan terhadap bahan botani bagi memastikan pengekalan identiti bahan botani tersebut terpelihara. Program ini adalah Perkhidmatan sukarela yang mengambil bahagian dengan mengaudit sebagai pihak ketiga bagi memberi pengesahan tentang produk yang dikeluarkan adalah tulen dan memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk yang dikeluarkan adalah terjamin Non-GMO dan tulen. Pengesahan yang dilakukan sangat ketat merangkumi :

- Proses penanaman (tidak menggunakan bahan kimia, racun dan dll)

- Proses penuaian (menggunakan kaedah yang paling selamat untuk memelihara kandungan bahan botani tidak tercemar)

- Proses penghasilan produk (tidak menggunakan bahan yang merosakkan kandungan asal dan bahan-bahan kimia serta bahan yang bahaya yang boleh mencemarkan kandungan bahan tersebut)


Pendek kata, dari semaian biji benih hingga selesai di proses jadi produk, kesemuanya di audit oleh IPP.


5. Bebas Gluten

why choose shaklee

Semua produk Shaklee adalah bebas Gluten dan ianya selamat di ambil untuk golongan yang ada alahan/alergi terhadap Gluten. Gluten juga mampu menyebabkan keradangan yang mana ianya amat berisiko untuk penyakit-penyakit dalam tempoh jangka masa panjang.


6. Bebas Pengawet, Pemanis atau Perasa Tiruan


Why Choose Shaklee

Setiap produk Shaklee bebas dari bahan pengawet, pemanis atau bahan perasa tiruan. Setiap bahan yang di gunakan oleh Shaklee adalah dari ekstrak botani semulajadi.


7. No Animal Tested


why choose shaklee

Shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan seperti sesetengah syarikat yang menjalankan ujian keberkesanan ke atas haiwan. Hal ini sangat melanggar Prinsip Shaklee yang sangat menjaga keharmonian alam termasuk haiwan dan tumbuhan. 


Bonus!


8. Landmark Study



Shaklee mempunyai Landmark Study yang dijalankan oleh para saintis dunia seperti Dr. Gladys Block yang di publish sebagai Nutritional Journal


Dr. Gladys Block

The Study Results were very impressive and support the potential benefits of long-term use of dietary supplements - Dr. Gladys Block


Kajian Landmark yang dijalankan ini membuktikan perbezaan di antara golongan :

- Tidak mengambil suplemen

- Mengambil multivitamin jenama lain 

- Mengambil suplemen jenama Shaklee

Landmark Study by Dr Gladys Block

9. Kajian Telomere

The Telomere Study




Kajian Telomere yang dijalankan oleh Pemenang Nobel , Dr Elizabeth Blackburn ini mendapati pengguna Shaklee mempunyai 40% lebih rendah risiko pemendekan Telomere. 

telomere study

Telomere ialah penutup hujung pelindung yang melindungi kromosom dalam sel. Semakin meningkat usia, telomere semakin pendek, dan telomere yang lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik. Kajian Telomere juga salah satu Kajian yang di siarkan dalam Science Publishing Group.


10. Pilihan Atlet dan Angkasawan Dunia (NASA)

NASA dan Shaklee

Produk Shaklee juga menjadi pilihan para atlet dunia dan angkasawan NASA. Hal ini membuktikan keberkesanan Produk Shaklee.

athlete powered by shaklee


11. Pilihan Pengguna : Trusted Brand Award

Shaklee Trusted Brand Award


Shaklee juga telah memenangi Award Trusted Brand 2021 dan 2022 oleh Reader's Digest yang mana keputusan ini adalah hasil undian Pengguna dan Rakyat Malaysia.

Cukup Niza kongsikan 11 Sebab Utama dan Penting untuk anda jadikan Shaklee sebagai Brand Pilihan anda dan keluarga!






Post a Comment

0 Comments