Alhamdulillah selesai sudah 2minggu Projek Blog Mega Shaklee yang di anjurkan oleh Master Norita.
2minggu masa yang singkat sahaja tapi sangat impactful bagi Niza. Dah lama sebenarnya Niza tak Commit menulis entry blog.
Melalui platform Projek Blog Mega ni, Niza dapat asah semula skill menulis walaupunm asih 'tumpul', insyaAllah akan di improve time by time.
Melalui Projek Blog ni jugak lah Penganjur dan moderator menyuntik semangat para 'penulis' untuk setia menyebarkan manfaat walau hanya sekecil-kecil kebaikan yang mana semoga ianya menjadi amal kebaikan kita yang berkekalan walau saat kita sudah tiada di dunia lagi kelak.
Zaman sekarang, ramai yang berbisnes online memanfaatkan media sosial sebagai platform untuk mengetengahkan personal brand dan bisnes masing-masing. Tapi tidak ramai yang memanfaatkan medium blog yang sebenarnya juga PERCUMA!
Jika media sosial umpama 'kedai aktif' yang kita sewa. Boleh dihalau bila-bila masa oleh 'tuan rumah' (account kena hacked, kena block, etc). Sedang kita ada Kedai pasif dan ladang sendiri yang dibiarkan tumbuh rumput dan semak samun tanpa kita menanam benih. Rugi kan?
Asalnya ramai yang join Projek Blog ni untuk 'activate' semula blog masing-masing atau baru nak belajar berblogging, tapi masyaAllah, rezeki pulak ada yang menang Vivix (RM399) , Collagen(RM238) , Nutriferon (RM159) secara percuma! 😍
Terima kasih sangat buat Master Norita, Master Salwa yang bukan sekadar bantu peserta aktif berblog dan menyebarkan manfaat melalui platform ni sahaja, tapi dapat pulak manfaat kesihatan dari produk yang dimenangi.
Niza sangat berbesar hati supaya Projek Blog Mega ni dapat diteruskan untukm membantu setiap peserta improve penulisan.
Selain dari memperbaiki teknik menulis, Projek Blog ini juga membantu peserta untuk saling mengenali dan improve communication skill. Seorang yang menjalani Networking bisnes macam Niza memang sangat penting untuk sentiasa improve Communication skill kerana perlu sentiasa berhubung dengan manusia.
Boleh baca Entry Niza yang lepas untuk Projek Blog 1.0 tentang Teknik Paling Berkesan amalkan Intermittent Fasting dan pengalaman Niza sendiri dalam Menurunkan 10kg berat badan.
Kesimpulannya, Projek Blog Mega ni sangat bermanfaat untuk peserta dan wajar untuk diteruskan untuk sesi seterusnya.
0 Comments