Cara Paling Berkesan Mengamalkan Intermittent Fasting

 

Intermittent Fasting yang berkesan

Pengalaman Niza sendiri mengamalkan IF, Niza pernah melalui dua fasa yang mana amalkan IF tanpa menjaga pemakanan sihat, dan fasa kedua mengamalkan pemakanan sihat. Beza nya sangat ketara bagi kedua fasa tersebut.


Macam mana yang dikatakan tidak menjaga pemakanan sihat?

Niza amalkan If 14-18jam berpuasa. Tetapi saat berbuka Niza masih mengambil air manis, kuih muih, kek, makanan segera apabila teringin atau ‘craving’

Fasa ini Niza masih berjaya turunkan berat. Tapi turunya hanya 0.5-1kg seminggu. Ianya sangat berbeza apabila Niza mengamalkan IF dan mengamalkn pemakanan sihat serta Eat Clean.

Pemakanan sihat yang Niza maksudkan disini adalah setidaknya, Niza mengamalkan:

  1. Pinggan Suku suku separuh (Suku karbo, Suku Protein, Separuh sayuran dan buah).
  2. Menukarkan makanan yang tinggi Glisemik Indeks kepada pilihan makanan yang Rendah Glisemik indeks untuk membantu Kenyang lebih lama dan rendah kalori.
  3.  ‘Cut sugar off’ dan menggantikan dengan Pemanis yang 0 Kalori seperti Sucralose.
  4. Menukarkan Garam biasa kepada garam bukit yang lebih tinggi mineral dan mengurangkan kuantitinya dalam masakan untuk mengelakkan ‘water Retention’
  5. Menghadkan makanan bergoreng atau penggunaan minyak dan menukarkan minyak masak kepada minyak zaitun.
  6. Dengan mengamalkan pemakanan Sihat ini, Niza berjaya menurunkan berat sehingga 9.2kg dalam masa hanya 6 minggu!




Loss 9.2 kg in 6 weeks

testimoni Diet IF

Sebagai Tambahan, Diet IF ini lebih berkesan jika anda mengamalkan ini:

  1. Pemakanan Sihat, diet suku suku separuh/eat clean/diet keto
  2. Bersenam/aktiviti fizikal sekurangnya 30minit sehari (3-4x seminggu)
  3. Cukupkan keperluan air kosong (1liter air/25kg berat badan)
  4. Pengambilan makanan tambahan semulajadi untuk membantu pembakaran kalori berlebihan dan membantu detox.
  5. Menghindari Stress
  6. Mendapatkan tidur yang cukup (6-8jam sehari)






Post a Comment

0 Comments