Turunkan Berat Badan dengan Cepat menggunakan Teknik Diet Intermittent Fasting
Diet Intermittent Fasting (IF) begitu popular
diperkatakan di Malaysia dan menjadi trending hari ini. Tidak kurang jugak
ramai individu dan kelompok yang mengamalkan Diet IF secara berkumpulan untuk
menurunkan berat badan dengan cepat.
Wah, macam menarik kan? Menjelang awal setiap tahun,
ramai yang bercita-cita untuk menurunkan berat badan. Tapi tidak semua yang
berjaya merealisasikan azam tersebut.
Sudah tiba
masanya untuk kita semua berganjak dan menapak kehadapan untuk mencapai
‘cita-cita kurus’ tersebut dengan kesedaran untuk menjadi lebih sihat
berbanding kurus untuk cantik semata-mata.
Tahukah anda Malaysia merupakan negara di tangga Pertaa mempunyai rakyat paling ramai Obese di Asia?
Malaysia 'menjuarai' carta Negara Obese Asean pada Tahun 2019. |
Apa Itu Intermittent Fasting?
Intermittent Fasting (IF) merupakan kaedah diet yang
berkonse mengatur Pola Waktu Makan berbanding kaedah diet yang lain kebanyakan
mengatur Pola Menu dan Jenis Makanan
yang perlu di ambil.
Kaedah Pola Menu dan Jenis makanan mungkin sedikit rumit dan membebankan
bagi sesetengah individu kerana ianya memerlukan ketelitian dan perancangan
dalam menyiapkan menu makanan setiap hari.
Sebaliknya Diet IF hanya memerlukan pengaturan tempoh
makan yang mana akan di selangkan dengan tempoh berpuasa.
Jenis-Jenis IF
1.
OVERNIGHT FASTING
Kaedah Overnight Fasting lebih mirip
seperti yang digunakan orang Muslim Ketika berpuasa di bulan Ramadan.
Kaedah ini memerlukan anda berpuasa
sekurang-kurangnya 12jam sehari.
Tetapi berbeza dengan puasa Ramadan,
tempoh puasa IF ini dilakukan pada waktu malam. Sebagai contoh, anda
akan mula berpuasa pada jam 7 petang dan akan mula ‘berbuka’ (Fast Breaking)
pada jam 7 Pagi keesokkannya.
2. TIME-RESTRICTED FASTING
Keadah IF ini lebih kurang sama dengan kaedah yang pertama tadi, Cuma bezanya kaedah ini memerlukan tempoh puasa yang lebih Panjang dari 12 jam sehari. Kebiasaanya, kaedah ini memerlukan sekurang-kurangnya tempoh 14-16 Jam sehari.
Sebagai Contoh, anda mula berpuasa pada jam 5 petang, dan akan berbuka pada jam 9 pagi keesokan hari nya. (16:8) = 16jam berpuasa, 8 jam berbuka.
3.
WHOLE DAY FASTING
Kaedah ini pula memerlukan anda
berpuasa selama 24 jam. Sebagai contoh anda mula berpuasa jam 7malam hari ini, anda
hanya boleh berbuka pada jam 7malam keesokan harinya. Ia mungkin agak sukar,
tapi telah ramai berjaya melakukannya.
4.
ALTERNATE DAY FASTING
Kaedah ini pula menjadikan jadual
berpuasa dan makan anda selang sehari. Contohnya, hari ini anda berpuasa, esok
anda boleh makan seperti biasa. Tetapi makanan yang di ambil hanya lah 500-600
kalori sahaja.
5.
SKIPPING MEALS FAST
Skipping meal fast ini mengurangkan kekerapan anda makan dalam sehari. Jika kebiasaanya anda akan makan 5x sehari, mengamalkan kaedah ini mungkin menjadikan kekerapan anda makan sehari hanyan 2-3x sehari.
6.
5 : 2 FASTING
5 : 2 Fasting adalah kaedah yang mana
anda boleh memilih mana-mana dua hari dalam seminggu untuk berpuasa dan 5 hari
anda boleh makan seperti biasa.
Kaedah ini seperti yang biasa di
amalkan oleh Muslim yang berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
7.
CHOOSE YOUR DAY FAST
Kaedah ini membolehkan anda berpuasa pada hari dan waktu yang anda pilih mengikut kemampuan anda sendiri. Sebagai contoh anda memilih untuk berpuasa pada hari Isnin dan Sabtu setiap minggu. Ianya 100% terpulang kepada anda mengikut kemampuan diri dan tubuh anda.
Siapakah yang sesuai mengamalkan Diet IF?
Intermittent Fasting ini diet yang boleh diikuti oleh
semua orang. IF ini mungkin agak sukar bagi sesetengah orang pada permulaannya.
Namun, ianya tidak lama kerana setelah badan terbiasa dengan jadual pemakanan
yang baru mengikut aturan IF yang kita pilih, badan akan kurang rasa lapar atau
‘craving’ dan lebih mudah mengawal nafsu makan.
Kebiasaanya purata individu hanya mengambil masa
4-5hari minima atau 1-2minggu untuk badan membiasakan diri dengan IF. Namun
begitu, sesetengah golongan tidak digalakkan mengamalkan diet yang mengurangkan
makan seperti penghidap masalah batu karang, gastrik, ibu hamil dan penghidap
diabetes.
Waktu yang
sesuai untuk berpuasa Ketika mengamalkan IF
Kebiasaan Jenis IF yang di amalkan di Malaysia adalah
Jenis “Time Restricted” Fasting. IF jenis ini memerlukan untuk seseorang
berpuasa sekurangnya 14-16jam. Namun, ada juga inidividu yang mengamalkan minima
12jam sebagai permulaan. Berikut nisbah
puasa yang biasa di amalkan di Malaysia 12:12, 14:10, 16:8, 18:6, 20:4,
22:2 yang mana nisbah ini bersamaan jam
berpuasa : Jam makan atau OMAD (One Day One Meal).
Sebagai contoh, Niza mengamalkan Time restricted IF
selama 18:6 yang mana waktu terakhir makan adalah jam 4 petang dan akan
berakhir atau berbuka pada jam 8 pagi keesokan hari nya. Dari jam 8 pagi
dibenarkan mengambil beberapa makanan sehingga jam 4petang (6jam).
OMAD pula adalah IF yang memerlukan seseorang hanya
mengambil satu ‘meal’ sahaja sehari.
Hal ini adalah untuk membantu kepada “IntermittentFasting yang berkesan” dengan mengurangkan jumlah kalori setiap hari (Calorie Deficit).
Lain orang, lain pengalamannya, Baca juga pengalaman IF oleh Farah.
0 Comments