Kes Covid-19 kian meningkat hari demi hari. Kerajaan pun sedang menggiatkan SOP supaya rantaian wabak ini dapat diputuskan. Kita masih belum menjumpai Vaksin untuk menangani Covid-19 secara menyeluruh. Justeru, apa yang mampu kita lakukan adalah dengan menjaga kesihatan keluarga dan mengelak dari bersesak di khalayak ramai tanpa keperluan dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Namun, baru-baru ini pihak KKM telah terbitkan kajian berbentuk PDF mengenai ujian yang dijalankan ke atas Pesakit Covid-19 menggunakan Vitamin C!
Menariknya mereka telah menggunakan Vitamin C untuk menguji kadar kesembuhan Pesakit Covid19 berbanding yang tidak dibekalkan dengan Vitamin C.
Satu golongan dibekalkan rawatan tambahan dengan Vitamin C 100% manakala satu golongan lagi hanya bergantung kepada ubat-ubatan lain.
Lagi Mengejutkan, keputusan mendapati Pesakit yang dibekalkan dengan 100% Vitamin C:
- 57% lebih rendah dari kadar kematian
- 9 hari lebih awal dibolehkan discaj dari wad
- 5.6 harilebih cepat bebas dari Extubation
- 7.5 hari lebih cepat bebas dari menggunakan bantuan pernafasan Oksigen
- Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang mampu mengawal serangan radikal bebas dalam badan
- Vitamin C juga mampu meningkatkan sistem imun dari mudah diserang oleh virus, bakteria dan kuman
- Vitamin C sangat penting untuk tindak balas kimia dalam badan untuk memastikan organ dan sistem tubuh berfungsi dengan baik.
Rujukan artikel lengkap |
Perkongsian dari salah seorang Pesakit Covid19 |
Niza Ahmad
Pesan dari Hati 💗
0 Comments