Punca Period Tidak Teratur

Sangat menjadi kerunsingan bagi kaum wanita apabila period atau haid bulanan tidak teratur. Kerisauan dan kebimbangan ini semakin bertambah  apabila seseorang wanita itu sudah berkahwin. Hal ini disebabkan kebimbangan tentang ketidaksuburan dan peluang untuk hamil adalah agak sukar.

hormon tak stabil gla shaklee


Apakah Puncanya bagi mereka yang mengalami period atau haid yang tidak teratur ini?
Punca utama  period takstabil adalah disebabkan hormone yang tidak stabil. Kestabilan hormone ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai punca seperti :-

1.       Berat badan tidak seimbang (berat terlalu kurang atau berlebihan)
Berat badan yang tidak seimbang boleh mempengaruhi kadar ransangan dan pengeluaran hormone dalam badan. Ketidak seimbangan hormin inilah yang mempengaruhi kitaran period bulanan wanita.

2.      Tekanan atau Stress
Tekanan terhadap pekerjaan atau kehidupan seharian sangat memberi impak dalam kestabilan hormone yang dirembeskan tubuh. Justeru, sangat penting bagi kita mengawal dan mengurus tekanan harian kita.

3.      Pemakanan tidak seimbang
Pemakanan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ianya memberi impak besar kepada kesihatan dalam dan luaran manusia. Tabiat pemakanan tidak seimbang dari sudut nutrient dan penyediaan makanan yang bersih dan sihat, akan menjejaskan kesihatan badan dan keseimbangan hormon dalam badan.

4.      Kurang bersenanam atau beriadah
Tahukah anda bersenam atau beriadah dapat mengurangkan kemurungan dan mengurangkan tekanan. Kekurangan bergerak akan menyebabkan pengeluaran hormon Ghrelin yang berlebihan dan menyebabkan anda makan berlebihan sepanjang hari (Sumber : Majalah Kesihatan Simple Moist).

5.      Penggunaan barangan kosmetik berbahaya
Peggunaan barang kosmetik juga mampu mengubah hormone badan. Ini disebabkan oleh kandungan bahan kimia yang terdapat dalam barangan kosmetik berkemungkinan menyerap ke dalam tubuh dan memberi kesan terhadapa organ dan hormon.

6.     Pencemaran alam sekitar
Pencemaran yang berlaku disekeliling juga salah satu faktor yang mampu mempengaruhi hormon tubuh. Antaranya disebabkan oleh udara yang kita hirup, partikal dan radikal bebas yang terdapat di sekeliling.


CARA MENGATASI MASALAH HORMON DAN PERIOD TIDAK STABIL
1. Kawal berat badan
2. Kurangkan dan kawal tekanan
3. Lakukan senaman secara berkala
4. Jaga pemakanan dan nutrisi seimbang
5. Elakkan memakai barangan kosmetik yang mempunyai bahan kimia berbahaya.

Dengan Shaklee, GLA Complex adalah antara makanan tambahan kesihatan yang sangat di syorkan untuk membantu membaik pulih kitaran haid dan masalah PMS (Pre-Menstrual Symptom).

KANDUNGAN GLA COMPLEX
- Borage Oil
- Gamma Linolenik Acid (GLA)
- Linolenik Acid (LA)
- Vitamin E
- Sunflower Oil

GLA merupakan asid lemak Omega 6 yang membantu pembentukan Prostaglandin (sejenis hormone).
- Prostaglandin dihasilkan tubuh pada waktu tertentu yang diperlukan tubuh khususnya semasa kitaran haid.
- Prostaglandin bertindak meransang otot rahim (contraction) dan membantu pengeluaran darah haid.
- Sekiranya rasa nyeri terasa semasa haid begitu menyakitkan, ini disebabkan kandungan Prostaglandin adalah tinggi.


FUNGSI GLA Complex
1. Membantu mengawal kitaran haid
2. Melegkan PMS
3. Membantu meningkatkan kesuburan
4. Membantu menguatkan dinding arteri
5. Membantu meringankan eczema
6. Menguatkan kuku dan rambut



GLA shaklee

Post a Comment

0 Comments