Cara Detox Tubuh Secara Semulajadi

Alhamdulillah, hari ni hari ke16 Niza on going Detox.

Memang best! Sebab badan rasa lebih ringan, mudah bangun pagi berbanding sebelum ni asyik nak 'snooze' je alarm kan..😆 


Awal pagi dah lebih produktif dari sebelum ni lepas pukul9 dah rasa mengantuk balik! haa.. realiti ye.


Berat dah kurang +/- 3kg dan ukur lilit pinggang dah kurang +/-2 inch!


Ni result lepas Detox 14hari dengan menu Relax (konsep sukusukuseparuh & eatclean).


Ha.Tapii.. hari ni Niza bukan nak cerita testimoni sendiri berdetox!😎


Niza nak kongsi CARA DETOX yang korang boleh amalkan secara semulajadi dari rumah je.


Sebelum tu, kena lah faham dulu KENAPA kita perlu DETOX?


Siapa yang fikir Detox tu untuk kurus sebenarnya?
Baik ngaku cepat! haa..

Sebenarnya kurus tu adalah sebahagian dari kesan Detox. Tapi manfaat utama Detox sebenarnya lebih dari itu!



KEPENTINGAN DETOX

Setiap hari toksin masuk ke dalam tubuh kita melalu makanan, udara, minuman dan pelbagai cara tubuh kita yang terdedah kepada persekitaran.
Toksin yang berkumpul dan banyak dalam tubuh kita akan menganggu sistem tubuh kita dari berfungsi secara Optimum.

Bila dah sebut 'sistem tubuh', maka ianya meliputi semua sel, tisu, organ dalam tubuh kita. Dan kekurangan efisyen dalam proses tubuh ini yang akan menterjemahkan kewujudan toksin dalam tubuh dengan pelbagai penyakit dan ke'tidaknormal'an fungsi tubuh kita dari biasa.

Sakit Kepala, Sukar tidur malam, sembelit, mudah dijangkiti selesema, demam, senggugut, haid tidak teratur dan macam-macam lagi la kalau Niza nak sebut satu persatu.

Kenapa ini berlaku? Sebab toksin tadi tu la. Toksin tadi dah menganggu sistem tubuh kita dari berfungsi secara normal dan Efisyen.

Jadi, itu lah sebab perihal pentingnya kita untuk Nyahtoksin dari tubuh kita!

Penting ke penting sangat?

Dah boleh faham kenapa perlu Detox selain untuk kurus?😂

Kalau dah faham kenapa perlunya Detox, baru la boleh proceed seterusnya pada Cara Detox!

So, bagaimana nak Detox secara semulajadi ni?


CARA DETOX

1. Mulakan awal pagi dengan segelas air kosong.

Air kosong dipermulaan hari akan membantu sistem pencernaan untuk menyahtoksin dari sistem perkumuhan.

2. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurang 2-3liter sehari)

Air kosong membantu melancarkan sistem tubuh. Tak perlu risau asyik nak ke tandasss je! Pergi tandas untuk nyahtoksin 😎

3. Kawal pemakanan dari sudut penyediaan makanansumber dan kuantiti.

Kenapa kena jaga seawal penyediaan makanan? Kerana cara anda memasak dan menyediakan makanan akan memberi impak sebanyak mana toksin yang akan masuk semula ke dalam tubuh. Reduce the risk ok!

Sumber pun sama. Adakah sumber pemakanan yang ingin di masak organik? selamat? bebas racun dan seumpamanya?
Mungkin sukar untuk kita kawal ketat semuanya. Namun sekurang-kurangnya, buatlah pilihan bijak!

Kuantiti? Perut rumah penyakit. Makanan yang berlebihan akan menyebabkan kita lemah, lemau dan malas. Apabila badan lemau, kita kuranggg melakukan aktiviti fizikal. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan makanan yang kita makan akan berkumpul menjadi lemak yang menjadi 'tempat simpanan' toksin!


4. Perbanyakkan makanan yang kaya dengan serat, Vitamin dan minerals

Mengapa pentingnya makanan yang kaya dengan serat, vitamin dan minerals?

Makanan yang kaya serat akan membantu penyerapan sekaligus memberi kesan kenyang lebih lama manakala vitamin dan minerals pula penting untuk pembentukan proses dalam tubuh, membantu sel berfungsi dengan lebih baik dan optimum.


5. Kurangkan minyak yang merbahaya dan bertoksik untuk kesihatan dan gantikan dengan minyak yang lebih baik manfaatnya seperti Minyak Zaitun atau Minyak Kelapa.

Bagi mengurangkan risiko toksin menyerap ke dalam tubuh melalui pemakanan, wajiblah kita menjaga setiap apa yang masuk ke dalam tubuh.

6. Kurangkan atau elakkan mengambil gula yang diproses.

Gula proses banyak memberi mudarat kepada kesihatan tubuh. Jika perlu untuk merasakan manisan dalam makanan, boleh gantikan dengan madu atau gula organik yang lebih sedikit risikonya.

7. Detox dengan nutrisi tambahan untuk mencuci Usus, darah, hati dan tubuh.




Post a Comment

0 Comments