Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah. Since zaman macam-macam produk dalam pasaran sekarang yang claimed mampu sembuhkan penyakit la, mampu beri kurus dalam masa 7 hari la, mampu beri kesan kulit cerah sampai nampak urat hijau la dan macam-macam lagi la 'claim' si penjual kan?
Jadi, sebagai pengguna perlulah kita bijak menilai dan memilih yang terbaik.
Terlajak perahu boleh di undur, terlajak telan sebarangan 'makanan' nyawa gadaiannya.ha gitcheww! 😜
Jadi, Niza buat entry kali ni dengan niat untuk beri lebih pencerahan setakat apa yang Niza tahu dan untuk mengurangkan salah faham masyarakat kita hari ni.
Jadi UBAT atau SUPLEMEN?
Keduanya pun memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan yang Optimum.
Sebelum itu, meh kita kenal dulu apa tu UBAT dan SUPLEMEN dari sudut fungsinya.😉
UBAT : Fungsi utama adalah MERAWAT dan MENGUBATI sesuatu penyakit.
SUPLEMEN : Fungsi utama adalah untuk MENCEGAH dan MEMBANTU MEMPERBAIKI proses tubuh badan kita dengan baik.
Maka jelaslah, UBAT dan SUPLEMEN ni sama sekali tidak sama dari segi peranannya.
Ubat adalah dalam bentuk pil, cecair, krim atau serbuk yang dikawal dan dipantau dos pengambilannya berdasarkan keperluan dan penyakit untuk menghindari tindak balas yang tidak sepatutnya berlaku kepada pesakit (tidak termasuk ubat dalam bentuk krim sapuan luaran).
Manakala Suplemen pula adalah makanan tambahan yang diambil oleh orang yang sihat juga dalam dos keperluan yang terkawal untuk memastikan keseimbangan Nutrisi dalam tubuh kita.
Kekurangan Nutrisi akan membawa kepada punca penyakit dan kelebihan sesuatu nutrisi juga akan menjadi punca kepada sesuatu penyakit. Jadi sebaiknya, dapatkan konsultasi sebelum mencuba sesuatu produk! 😉
Jadi, sampai sini dulu Niza nak share dengan korang semua beza UBAT dan SUPLEMEN.
InsyaAllah sebarang pertanyaan boleh drop di komen!
Semoga Bermanfaat!
0 Comments