Mengapa ibu mengandung diberi asid folik?
Dan bolehkah jika ingin mengamalkan asid folik ketika tidak mengandung/hamil?
Persoalan yang selalu jugak Niza dapat dari teman-teman sebaya yang belum, baru atau sudah mendirikan rumahtangga dan ingin juga atau sedang mengandung.
Seorang wanita mengandung akan dibekalkan dengan asid folik, iron dan seumpamnya dari klinik.
Tapi, fokus Niza pada entry ni hanya pada asid folik.
Bolehkah orang yang belum berjaya hamil/mengandung mengambil asid folik sebagai ikhtiar 'kesuburan'?
Terdapat kajian yang menyataka asid folik dapat membantu kesuburan. Namun ianya bukan sebagai UBAT untuk kesuburan.
Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita tengok apa fungsi asid folik ini atau juga dikenali sebagai folate atau Vitamin B9.
Antara peranan Asid Folik untuk ibu hamil adalah :
1. Membina sel-sel tubuh
2. Membantu membina sel DNA baru & memperbaiki sel DNA yang rosak.
Melalu peranan inilah, ianya amat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel baru semasa perkembangan janin dalam Rahim.
Ibu hamil yang kekurangan asid folik dalam tubuh akan menjejaskan tumbesaran bayi seperti kecacatan saraf akibat terjejasnya perkembangan DNA seperti:
- Spina Bifida
- Neural Tube Defect
"Pada tahun 1960 pakar-pakar perubatan mula mendapat bukit dalam kajian mereka bahawa kekurangan asid folik dalm tubuh wanita hamil boleh dikaitkan dengan penyakit akibat kandungan asid folik yang rendah pada bayi merek."
Pengambilan suplemen asid folik mampu mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang mempunyai masalah bibir dan lelangit terbelah (lip & palate palate), kecacatan jantung (congenital disease) dan juga risko lahir pra-matang.
Pada kebiasaanya Asid Folik mula diberikan kepada ibu hamil ketika usia kehamilan 12minggu pertama. Kerana pada usia 12 minggu pertama kehamilan, bayi dalam rahim mengalami perkembangan otak dan saraf. Jadi, asid folik menjadi keperluan untuk membantu perkembangan ini dengan baik.
Bolehkah suplemen asid folik di amalkan bagi mereka yang tidak hamil?
Dos asid folik pada kebiasaanya untuk wanita biasa (tidak hamil adalah sebanyak 400microgram (0.4ug)
Manakala untuk wanita hamil sebanyak 600-800microgram (0.6-0.8ug).
Namun, dos yang diberikan boleh ditingkatkan bergantung kepada doktor yang merawat terutama jika wanita hamil itu mempunyai risiko yang tinggi seperti:
- Mempunyai sejarah kelahiran bayi cacat semasa kelahiran lepas.
- Suami/isteri mengalami masalah NTD
- Wanita yang mengambil ubat sawan (epilepsy)
- Ibu hamil tersebut mempunyai penyakit ceoliac disease, diabetes, sickle anaemia atau thalasemia.
Dan makluman tambahan, Asid folik atau dikenali sebagai Vitamin B9 lebih bertindak lebih baik apabila diambil bersama kumpulan Vitamin B yang lain.
Jadi, ibu-ibu dan bakal ibu pastikan dapatkan bekal vitamin B yang cukup bersama Asid Folim tau!😉
Semoga Bermanfaat!
0 Comments