Assalamualaikum wbt,
Kebelakangan ni, kecoh negara dengan isu Jerebu yang melanda. Jadi, musim-musim cuaca tak menentu, ditambah dengan jerebu melanda, wajib untuk kita 'protect' diri dan keluarga extraaa dari biasa kan?
Dah mula ada yang merasa batuk-batuk kering, demam selesema dan macam-macam ketidakselesaan untuk kita terus beraktiviti macam biasa kan?
So, jom Niza share sikit persediaan yang kita kena buat di musim jerebu ni untuk kita dan keluarga kekal sihat dan selamat.
1. Elakkan membuka tingkap rumah
Jangan membuka tingkap ketika berada di rumah supaya udara luar yang tercemar mampu di elakkan untuk menerobos masuk ke ruang rumah.
Sebaiknya, hidupkan penghawa dingin dalam rumah.
2. Hidupkan pembersih udara
Anda di galakkan untuk menghidupkan pembersih udara di dalam rumah untuk menapis partikel udara yang berada dalam rumah supaya sentiasa bersih dan selamat untuk anda dan seisi keluarga.
3. Perbanyakkan minum air kosong.
Anda disarankan untuk perbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2liter sehari. Hal ini untuk memastikan anda sentiasa terhidrasi.
Air juga mampu membantu untuk mengeluarkan toksin dari tubuh seperti kulit (peluh) dan paru-paru.
4. Hindari aktiviti di luar rumah
Elakkan untuk keluar dari rumah sekiranya tiada keperluan penting. Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti luar rumah, anda disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar sehingga jerebu reda.
5. Gunakan Mask
Gunakan mask atau topeng muka jika perlu berada diluar rumah. Topeng muka mampu menapis udara tercemar. Sebaiknya gunaka mask N95. Ia juga mampu menghapuskan zarah halus dalam jerebu.
6. Cuci tangan dan muka dengan kerap
Tangan dan muka adalah anggota tubuh yang mudah terjejas dengan kotoran apatah lagi udara tercemar. Jadi, cucilah tangan dan muka anda dengan kerap untuk menghidari sebarang kotoran dari menjejaskan kesihatan anda.
7. Jangan membakar sampah
Elakkan membakar sampah kerana ia akan menambah burukkan udara tercemar sedia ada.
Akhir sekali adalah pastikan anda dan keluarga menikmati makan yang sihat dan berkhasiat untuk menguatkan sistem tubuh dan imun dari terjejas.
Awasi anak-anak anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sihat. Jika terdapat sebarang tanda-tanda gangguan kesihatan, segera rujuk kepada klinik atau hospital berdekatan.
Semoga Bermanfaat!
0 Comments