Fungsi Hati

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alcohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan merawat.


1. Rembesan Hempedu

- Cecair rembesan ini disimpan didalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). 
- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak (A, D, E, K) dan membantu mengasimilasikan kalsium. 
- Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A.

 2. Bertindak sebagai Detoksifikasi

- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang di detoksifikasi oleh hati. Hati mengawal metabolism protein.
- Untuk detoksifikasi ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alcohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahanlain yang kurang toksik. 
- Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. 
- Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul! =)



Fungsi Hati


 3. Mengawal paras gula dalam darah

- Dengan menukarkan tiroksina – hormone tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif.
- Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.
- Hati mewujudkan GTF (factor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. 
- GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. 
-Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen , dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. 
- Hati juga memecahkan hormone seperti estrogen, adrenalin dan insulin.


4. Penting dalam Metabolisme Lemak


- Hati penting dalam sistesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. 
- Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Post a Comment

0 Comments