Assalamualaikum wbt,
Entri kali ni nak saya kongsikan tentang R.O.K.O.K!
cliche je bunyik kan?
Beberapa kebelakangan ni selalu pulak artikel atau gambar tentang bahaya rokok lintas-lintas di newsfeed FB atau Laman Insta saya.
Dari dulu sampai sekarang, soalan yang bermain di minda saya masih belum terjawab.
Walaupun gambar atau label pada kotak rokok yang menunjukkan bahaya kesannya rokok tersebut di keluarkan, namun masih saja terjual seperti biasa rokok-rokok di pasar'an, kedai'an dan seumpamanya.
1. Saya tidak pasti sama ada label-label dan gambar ini dengan tiba-tiba 'invisible' pada perokok-perokok tegar atau macam mana. -_-
Adakah mereka sengaja 'decide' untuk mengambil risiko seperti label-label tersebut atau bagaimana?
Dan satu lagi persoalan adalah, warning-warning atau amaran-amaran bahayanya rokok juga di keluarkan dan di iklankan oleh kementerian. Samada kementerian kesihatan atau juga seumpamanya.
2. Tapi masih saja rokok tidak di hapus secara TERUS. atau di HARAMkan terus untuk di jual di Malaysia?
umpama mengeluarkan kos untuk 'banteras' gejala rokok, dan mendapat 'pulangan' semula dari hasil jualan rokok?
eh.
Jika benar pimpinan dan kementerian benar-benar menitik beratkan perkara ini, apakah usaha kementerian untuk benar-benar menghapuskan gejala rokok ini selain 'iklan acah-acah bahaya' ni?
Keluar pelbagai fatwa sekalipun menyatakn rokok adalah haram dan seumpamanya, namun masih saja ada yang tidak segan silu merokok di tempat-tempat awam. :3
Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang lebih arif dan sudi menjawab persoalan-persoalan 'budak-budak' saya ni? saya dahulukan dengan terima kasih.
Cuma mungkin sesetengah yang saya kenali, memang berNEKAD dan berAZAM untuk berhenti merokok, tapi GAGAL. Kenapa ya?
Alasan yang di beri adalah KETAGIHAN.
Mungkin ada lagi 'alasan' yang belum saya temui atau 'exposed'.?
InsyaAllah, nantikan entri seterusnya yang bakal saya kongsi sedikit tips untuk BERHENTI MEROKOK.
Things to ponder untuk kita yang MEMINJAM jasad dariNya.
wallahu'alam.
0 Comments