Mengapa Perlu Vitamin?

Bismillah..
Assalamualaikum wbt.

Salam hormat. Salam sejahtera. (^_^)v
Hari-hari saya di temukan dengan pelbagai jenis dan spesis manusia.
ya. Allah ciptakan manusia itu berbeza-beza untuk kita saling mengenali. gituuu..
Ok.
Entri kali ni nak saya kongsikan. 
Mengapa Kita Perlu vitamin?
Mengapa Vitamin itu penting?
Penting? Ya. Semestinya penting untuk anda dan saya juga semestinya!

Hal ini kerana:-

Mengapa Vitamin Adalah Penting?

1. Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin.

- ya. Tubuh manusia itu berbeza, gaya hidup dan biological tubuh kita mungkin mempengaruhi kuantiti vitamin yang diperlukan dalam tubuh kita untuk melancarkan fungsi sistem dan organ dalam tubuh manusia.

2. Buah-buahan dan sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak/kurang subur.

- ahaa.. ini antara faktor-faktor yang menjadikan buah-buahan atau sayur-sayuran tidak cukup nutrisi atau kurang subur. seperti entri saya sebelum ni menyentuh tentang GMO.

3. Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak.

- Semasa proses memasak, suhu yang tinggi mampu menjadikan zat-zat yang terdapat di dalam sayur atau sumber vitamin dan nutrisi kita hilang.

4. Gaya hidup kita mungkin menganggu penyerapan zat makanan.

- Gaya hidup yang kurang sihat seperti mengamalkan rokok, minuman dan makanan yang tidak berkhasiat juga menjadikan kita perlu akan nutrisi.

5. Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan makanan kita.

- Hidangan makanan kita seharian barangkali tidak cukup kesemua nutrisi yang di perlukan tubuh.

6. Anda mungkin terlalu kerap makan di luar.

- Yesss.. Sebagai seorang pelajar, saya salah seorang insan-insan yang kerap makan di luar berbanding masak sendiri. 

7. Gaya hidup yang tidak aktif.

- Kehidupan yang tidak aktif seperti pergi Kuliah>Kafe>Katil sebagai pelajar dan mungkin juga kehidupan seorang pekerja Tempat kerja>Rumah>Tempat kerja menjadikan anda seorang yang pasif dan tidak biasa dengan aktiviti lasak atau pun aktif bersenam/bergerak.

8. Pekerjaan anda yang "STRESS"

9. Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan-jangkitan lain.







Salam sayang,
Niza Ahmad.



Post a Comment

0 Comments