Sibuk??!

Bismillah..
Assalamualaikum wbt.
* Fuh! Fuhhh! Fuhh!
macam rumah hantu pulak setelah sekian lama membiarkan ianya menyepi tanpa khabar dan berita tuan empunya rumah.
*DIC (do i care)?

Allahumma solli 'ala Muhammad.

Sungguh hambatan masa.
Mungkin yang terhambat. kalau yang tertinggal?

Firman Allah:

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr)


Benar. Tiada yang benar melainkan benar-benar belaka.
Setiap yang dikirim ke dunia sudah di tercatat di lembaran Luh Mahfuz sana limited time masing2.
Apakah kita merencanakan sesuatu yang indah untuk kehidupan ini?
Apakah kita merencanakan sesuatu yang bermanfaat buat kehidupan ini?

Sungguh. Memaknai erti Khalifah bukan hanya semudah dan seindah kata.
meluncur laju dari bibir.
"Aku khalifah Allah di bumi ni weh!"
"Hambalah Sang Khalifah utusan Allah. >_<"

wohooo..

Mudahnya andai itu ukurannya.

Realitinya bukan sekadar itu.

Sejujurnya. aku ini. diri ini.
Malah mungkin setiap dari kita di hambat tugasan seorang pelajar, anak, adik, kakak,
Bahkan merangkak melakar dan mencorakkan masa muda buat ummah.
bahkan mugkin ada yang lebih bnyak amanah dan tnggungjawabnya. isteri, suami, ibu, pemimpin (setiap dari kita adalah pemimpin).

Sungguh once again. mudah untuk berkata mahu itu dan ini.
Mahu membentuk ummah soleh wa musleh.
Mahu membentuk generasi Rabbani.

Wallahi.

Saya katakan tidak semudah itu praktikal berbanding teori.
Untuk mencapai itu, banyak perlu di korbankan.
Masa, Harta, Jiwa dan Perasaan.
Sedia?

Jujur. Diri kita ini, semakin meningkat usia, semakin memberat taklifan di bahu.
Sekali lagi, sediakah kita?

Saya sendiri. mahukan masa muda saya di wakafkan di jalan y Allah pilih saya berada di atasnya.
Dakwah dan Tarbiyyah.

Namun untuk itu,
berapa kali jatuh bangun saya sepanjang perjalanan y tak seberapa ini?
berapa tong dan gelen air mata saya alirkan.

Sungguh. Pesan pada diri. Jalan DnT yang sedang di lalui ini bukan senang macam main roller coaster. meluncur laju je.
Tapi berliku-liku dan dipenuhi hiasan duri dan kaca.
Setiap Saat Allah menapis.
Taqarrub billah.!
Itulah bekalan. semoga Allah redha.



Satu analogi yang selalu bersama saya sepanjang kembara ini.

Berlian vs Arang.
Dua benda yang tehasil dr elemen y sama. iaitu Carbon.
Untuk menjadi arang, mudah, bakar saja di bawah suhu api biasa.
Tapi bandingkan harganya dengan berlian.
Mahu jadi berlian, 
perlu Di panaskan di bawah suhu yang sangat panas.
Di bwah tekanan/pressure yang tinggi.
Baru terhasil berlian yang tinggi nilainya..

**begitulah saya nilaikan diri kita.
Mahu jadikan diri bernilai, biasakan diri under pressure.
Yakin Allah mentaklifkan kita pada suatu yang kita mampu.

>>Sibuklah menanam dengan tanaman akhirat, Semoga tuaiannya bernilai di sana.<<


"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah :216)


#Memaknai Erti Khalifah

NizaAhmad
1059pm









Post a Comment

0 Comments