Musafir di Bumi ILahi.

Assalamualaikum wbt..
Salam kasih Ilahi buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Keluarga Baginda, Para sahabat, mujahiddin dan seluruh ummatnya 
hingga akhirzaman.

Kembara sebgai hamba.
Kembara sebgai khalifah.
Bergelar anak, pelajar,masyarakat dan pelbagai tanggunjawab bukan amanah yang mudah hendak di galas.
Dalam usaha mematangkan diri menelusuri tarbiyyah diri,
memajukan diri di pentas ini. lelah kadang terasa.
Namun tekad terus gah berdiri.
Bukankah rehat yang hakiki hanya ada d dunia abadi?

wahhaaaiii..

Bermadah berhelah la pulak.
Alhamdulillah.
Sesak jugak rasanya dada kala ini.
Mengenangkan betapa Rasul mulia lebih lagi tanggunjawab dan amanah di pikulnya.
Namun, x lupa dirinya ada hak untuk ummat.
Sedang aku?
Alhamdulillah kerana Allah msih lagi melimpahkan rahmat dan Kasihnya untuk kita bertemu lgi di ruangan ini.
Berkongsi suka dan duka.. cehhh -_-

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
(AlQamar :49)


Alkisah 3 hari berlalu dengan penuh dasyatnya. *hiperbola
Perjalanan merentas laut, membuat ku terfikir. betapa hebat.gah.besar. nya kuasa Dia.
Sedang langit dan bumi yang terhampar luas tidak satu pun terlepas dari pengetahuanNya.

lalu.. Nikmat Tuhan Yang Mana lagi Kamu dustakan?
Syahdu rasa memandang ke bawah. laut dan daratan.
Kecilnya kita ini sebagai hamba. seringkali ingkar,
Cuai menunaikan amanah dan tanggungjawab.
Muhasabah ini melebar lagi..
Melihat gunung, kembali terkenang

“Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu sangat zalim lagi bodoh. " (Al-Ahzab: 72 )

Ya. Manusia itu zalim. Zalim kerana mengikat janji sudahnya memungkiri.
Namun, Allah mengingatkan semula 
bahawa manusia makhluk paling mulia berbanding makhluk yang lain di atas muka bumi ni. tapi, dengan syaratnya yang menunaikan janji denganNya untuk Mengabdikan diri padaNya dan menjadi Khalifah yang memakmurkan bumiNya.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah At-Tin :4)



Sungguh. terkesan. mentadabbur alam punya kuasa yang hebat bagi yang mahu berfikir.
Jadilah Hamba, Khalifah, Ummat, Anak, masyarakat yang hebat. 
Yang bersegera berusaha menuju kejayaan.

"Beza Manusia dan makhluk lain adalah kurniaan Akal. Maka gunakanlah pada tempatnya."
Moga terhindar dari golongan yang di perkatakan Allah. Zalim  & Bodoh. Nau'zubillahi min zalik.


wallahu'alam.

wasslam wth.

Post a Comment

0 Comments