Assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w,
ahli keluarga baginda,para sahabat,
para shuhada dan muslimin dan muslimat y dirahmati Allah selalu.
Alhamdulillah.
sekian lama lagi membiarkan laman ini berhabuk dan usang dek kosongnya tanpa corat coret,
sekali lagi. Allah beri kesempatan untuk sama2 berkongsi.
apa?
B.I.D.A.D.A.R.I syurga kauu.. ha.
beza ke Bidadari Syurga dengan Wanita Solehah ni? *beza dr segi ejaan. err
ok.
Bidadari Syurga tu d gmbarkan seolah andai Rasulullah s.a.w menyingkap hanya sedikit tirai langit,maka kelam lah cahaya matahari dek tertutup dengan sinarnya bidadari syurga. sedikit sahaja. again. s.e.d.i.k.i.t.
bnyak mna sedikit tu?
wallahua'alam. nampak tak kat situ bgaimana nak di gmbarkan bidadari syurga tu?
hmmmm. SubhanAllah.
Bidadari syurga ni, memiliki rupa yang indah, kulit bersih, mata yang lebar dan jeli, rambut yang bersinar, serta digambarkan keindahannya sebagai mutiara dan permata yang cukup terjaga, kerana disamping bakal suami mereka, bidadari syurga tidak pernah disentuh mana-mana manusia, mahupun jin dan syaitan.
Pada tiap-tiap bidadari syurga, tertulis nama suaminya pada dada mereka. Keindahan mereka tidak hanya terbatas kepada rupa luaran mereka, malahan, mereka sentiasa merindui dan mencintai suami mereka, hingga difirmankan bahawa, tiap-tiap kali isteri menyakiti hati suami, para bidadari syurga akan memarahi isteri tersebut, "Hai wanita, jangn kau sakiti suami kami. dia hanyalah suami mu sementara d dunia. sedangkan dia akan kembali kepada kami d syurga kelak. "
huk. huk. huk.
*serious jeles dengar dialog ni.
ha, kalian y bergelar isteri? xde perasaan ke?
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Nampak macam simple kan 4 perkara.
1. Solat 5 waktu.
2. Puasa di Bulan Ramadhan.
3. Menjaga Maruahnya.
4. Mentaati perintah suaminya.
tapi,sy tak nak cakap. kalian di kurniakan akal y sihat serta fikiran yang bijak untuk muhasabah dri.
di akhir zaman ini. 4perkara ini menjadi suatu y sukar. betul idok?
sungguh!
Berapa ramai y benar2 m'aggap solat itu WAJIB dilaksanakan lantas dilaksanakan sebagaimana hukumnya wajib? (sedangkan ramai y sy temui. menunaikan solat 5 waktu di musim peperiksaan sahaja. menunaikan solat hanya d waktu lapang sedang tidak berusaha melapangkan waktu untuk solat dalm kesibukan mengejar dunia?)
Puasa di bulan Ramadhan. ini tidak d nafikan kerana kebnyakan y berpuasa di bulan Ramadhan.
tapiiiii, puasa sekadar menahan diri dari makan dan minum. itu shajakah?
Berapa ramai y bila berpuasa, puasa juga seluruh anggotanya dari melakukan kemungkaran? mulutnya dari berkata keji? berpuasa matanya dari melihat kemaksiatan?
berpuasa jga telinganya dari mendengar perkara2 keji?
Berapa ramai?
Menjaga maruahnya. T_T
di akhir zaman ini. berapa ramai y benar2 memelihara dirinya? memelihara maruahnya.
sedangkan Allah dan Rasulullah s.a.w mjadikan wanita itu istimewa. Allah tinggikan darjat wanita.
Rasul pelihara hak wanita. tapi, kita lah y selalu menghinakan dri sendri. meletakkan dri d tempat y tdak sepatutnya. kerana apa? Hanya mengejar bahagia dunia? Bhagiakah hidup dalam kemurkaan Allah?
Allah.. sedih melihat dan mendengar berita2 pmbuangan bayi *dah muak dengan isu ni. Allah.. nk mggambarkan muak tu kerana betapa banyaknya y terjdi. dan kejamnya,tanpa rasa bersalah mengulang kesalahan y sama berulang kali. Adakah pelakunya berfikir "alang2 dah terjebak......" begitukah?
sedarlah. RAHMAT ALLAH lebih luas dari kermukaanNya.
nauzubillah. T_T
Moga Allah menjadikan kita HambaNya y sellu beringat dan muhasabah diri.
Mentaati perintah suaminya.
xboleh nk ulas panjang part ni. err.. >.<
taatilah mereka y bergelar suami selagi tidak ianya menzalimi agamamu.
Allah,Rasul,Islam come first.
InsyaAllah. semua dari kita (wanita) akan..zaujah to be.InsyaAllah.
tidak d dunia, di akhirat.
Jadilah wanita y menjadi rebutan bidadara d syurga,
tak mengapa tak menjadi rebutan lelaki dunia. kerana Allah menjaga wanita y mulia dan berharga itu ibarat permata. di dalam bekas kaca. tidak layak di sentuh. tapi hanya layak di miliki.
Renungkan lah wahai wanita.
Jadi,
Maka. bidadari syurga itu bukan wanita dunia.
tapi,wanita dunia yakni wanita solehah itu juga bidadari syurga.
Malah, Allah tinggikan darjat wanita solehah untuk menjadi KETUA BIDADARI.
ketua kaau.. mana kau cari. SubhanAllah. besarnya nikmat Allah. tapi berapa bnyak y manfaatkan nya?
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada ALLAH, ALLAH akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (Riwayat Tabrani)
gambar ehsan inche.google
tak nak bebel panjang. sama2 lah kita meletakkan Allah y utama. RedhaNya y pertama.
*letak tangan di dada sambil pejam mata, kata dalam hati : "Ya Allah, aku ingin menjadi wanita solehah y di cemburui bidadari syurgaMu. Kuatkalah kami ya Allah dalam mujahadah ini. dalam mencapai redha Mu. Kurniakan kami hati y bersih, tulus m'abdikan diri kpd Mu sehingga saat kami kembali padaMu. ameen ya Raab al-ameen.."
strive for mardhatillah!
moga Allah temukan kita di syurga kelak ameen!
jom audit diri.
wallahua'alam.
Wassalam. <3
0 Comments